Sekilas
- Pelakon Nad Zainal meluahkan rasa kesal dan simpati terhadap seorang wanita yang didakwa dimarahi suaminya ketika bekerja di tempat awam.
- Nad menasihati wanita tersebut untuk lari dari situasi derita yang dialami demi kebaikan dirinya dan anak.
- Video kejadian tular dan ciapan Nad menerima lebih 6,000 tanda suka serta 200 ulang siar dari netizen yang turut bersimpati.
Pelakon, Nad Zainal meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang suami yang didakwa telah menengking isterinya yang sedang bekerja secara terbuka di tempat awam.
Menerusi ciapan di Threads, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu sambil menasihatinya untuk ‘lari’ dari derita yang ditanggung.
“Buat kakak yang kerja fast food , yang terpaksa stop kerja kejap sebab anak datang tu, saya doakan akak dipermudahkan urusan.
“Lari akak, lari. Tu je saya nak cakap,kesian anak,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa simpati terhadap pekerja wanita itu dan bersetuju dengan hantaran Nad.
Setakat artikel ini ditulis, ciapan Nad telah meraih lebih 6,000 tanda suka dan lebih 200 ulang siar (repost).

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera yang didakwa telah dimarahi oleh seorang lelaki dipercayai suaminya.
Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat wanita tersebut dimarahi sebelum terpaksa menangguhkan kerjanya dan pulang ke bersama lelaki tersebut dan anaknya dengan menaiki motosikal.
Sumber: Threads