Skip to main content

Hiburan

Didapati Bersalah Atas Dakwaan Rogol, Anak Tiri Putera Mahkota Norway Dihukum Penjara 4 Tahun

Anak Tiri Putera Mahkota Norway

Sekilas

  • Anak tiri Putera Mahkota Norway, Marius Borg Høiby, dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas disabitkan kesalahan rogol, keganasan rumah tangga dan kesalahan dadah.
  • Mahkamah Daerah Oslo membebaskan Marius daripada dua pertuduhan rogol tetapi mendapati beliau bersalah dalam dua pertuduhan lain, termasuk satu kes rogol di kediaman rasmi keluarga diraja.
  • Putera Mahkota Haakon menegaskan Marius bukan anggota rasmi keluarga diraja dan perlu bertanggungjawab seperti rakyat Norway lain, kes ini memberi kesan kepada imej keluarga diraja Norway.

Anak tiri kepada Putera Mahkota Norway, Marius Borg Høiby, dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rogol, keganasan rumah tangga serta kesalahan berkaitan dadah.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Daerah Oslo selepas perbicaraan selama tujuh minggu yang mendapat perhatian meluas di Norway.

Dalam prosiding yang berlangsung, mahkamah membebaskannya daripada dua daripada empat pertuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya. Namun, beliau disabitkan kesalahan bagi dua lagi pertuduhan.

Mahkamah turut mendapati salah satu kes rogol yang disabitkan berlaku di ruang bawah tanah kediaman rasmi keluarga diraja di Skaugum.

Sebelum ini, Marius menafikan pertuduhan rogol namun mengaku bersalah atas kes keganasan rumah tangga dan mengangkut kira-kira 3.5 kilogram ganja pada tahun 2020.

Sementara itu, Putera Mahkota Haakon menegaskan anak tirinya itu bukan anggota rasmi institusi diraja dan perlu bertanggungjawab atas tindakannya seperti mana-mana rakyat Norway yang lain.

Sekadar info, Marius menjadi sebahagian daripada keluarga diraja apabila ibunya, Puteri Mahkota Mette-Marit, berkahwin dengan Putera Mahkota Haakon pada tahun 2001.

Kes berprofil tinggi itu dilihat memberi kesan kepada imej keluarga diraja Norway yang sebelum ini terkenal dengan gaya hidup sederhana dan dekat dengan rakyat.

Sumber: Al-Jazeera

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement