Skip to main content

Hiburan

Siti Jamumall Menangis Mengenang Beban Hutang RM3 Juta - “Kalau Kalian Tak Dapat Hubungi Saya…”

Siti Jamumall

Sekilas

  • Siti Jamumall dedah dia berdepan hutang hampir RM3 juta termasuk tunggakan caruman KWSP pekerja syarikatnya yang perlu diselesaikan segera.
  • Dia mengajak individu atau vendor yang masih belum dibayar untuk menghubunginya bagi menyelesaikan tunggakan tersebut.
  • Siti memohon maaf atas segala kesilapan dan menganggap ujian ini sebagai cabaran yang perlu dihadapi dengan usaha berterusan.

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall tidak dapat menahan sebak apabilamendedahkan dirinya kini berdepan komitmen hutang bernilai jutaan ringgit.

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin mendakwa jumlah keseluruhan hutangnha dianggarkan mencecah hampir RM3 juta dan ada yang perlu diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Menurut Siti, antara beban hutang yang perlu dilangsaikan seawal Jumaat ini adalah tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja syarikatnya.

“Saya perlu menanggung semuanya (hutang). Total round out lebih kurang 3 juta saya kena selesaikan. Paling terdekat, hari Jumaat ini saya kena selesaikan KWSP pekerja.

“KWSP ada dua kes. Satu itu RM119,000. Lagi satu RM149,000. Ada dua, yang satu itu dia dah masuk ke notis kebankrapan. Dah tertunggak tiga bulan, tak boleh nak bayar,” katanya.

Dalam masa yang sama, Siti turut meminta mana-mana individu atau vendor yang masih belum menerima bayaran daripada syarikatnya untuk menghubunginya bagi menyelesaikan segala apa yang tertunggak.

“Kepada orang-orang yang pernah saya berhutang atau syarikat saya pernah hutang, saya nak tanggungjawab.

“Kalau kalian tak dapat hubungi saya, kalian cari saja saya dekat akaun ini. Ada nombor telefon saya. Contact saya, bagi tahu berapa lagi yang syarikat tak selesaikan. Saya cuba terbaim untuk selesaikan,” katanya.

Menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian daripada Allah SWT, Siti berkata dia akan terus berusaha menyelesaikan segala komitmen yang tertunggak selagi termampu.

Siti turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah berurusan dengannya sekiranya terdapat sebarang kesilapan mahupun kekurangan sepanjang mereka bekerjasama.

“Saya nak minta maaf dekat siapa sahaja yang pernah mengenali saya. Kalau saya ada buat salah dengan kau orang selama hari ini.

“Saya pernah goreskan hati kau orang ke, ada benda yang saya tak tunaikan ke, benda yang silap saya, saya minta ampun, saya minta maaf. Saya harap kau orang maafkan saya.

“Saya harap kau orang maafkan saya. Saya anggap ini ujian yang Allah bagi kat saya.

“Saya akan cuba usahakan selagi mana yang saya mampu,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Siti belum memberikan sebarang maklum balas sejak dihubungi Gempak.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement