Skip to main content

Selebriti

“Apa Yang Lebih Membanggakan, Semuanya Pelajar Madrasah…” - Faizal Ismail Luah Rasa Syukur, Anak Raih Dua Anugerah Akademik

FBI anak cemerlang

Sekilas

  • Faizal Ismail, penyampai radio Zayan, berkongsi kegembiraan apabila anak perempuannya, Qalisya, menerima dua Anugerah Pencapaian KUMON Malaysia dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Faizal turut mengenang kejayaan anak sulungnya, Khalish, yang sebelum ini menerima anugerah dalam subjek Bahasa Inggeris.
  • Ketiga-tiga anak Faizal yang merupakan pelajar madrasah membuktikan bahawa pendidikan agama tidak menghalang pencapaian akademik yang cemerlang.

Penyampai radio Zayan, Faizal Ismail meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Qalisya berjaya merangkul dua Anugerah Pencapaian daripada KUMON Malaysia bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI berkata kejayaan turut mengingatkan momen anak sulungnya, Khalish yang sebelum ini pernah menerima pengiktirafan bagi subjek Bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga, our little Qalisya once again made us proud by receiving two Achievement Awards from KUMON Malaysia for both English & Mathematics.

“Dulu abangnya, Khalish, pernah menerima award untuk English and today, seeing Qalisya follow the same path truly makes our hearts full,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Faizal turut meluahkan rasa gembira kerana ketiga-tiga anaknya yang merupakan pelajar madrasah sentiasa berusaha mengimbangkan tuntutan ilmu dunia dan akhirat.

“Apa yang lebih menggembirakan kami sebagai parents, Qalisya, bersama kakak dan abangnya, semuanya adalah pelajar madrasah.

“Dan hari ini, mereka membuktikan bahawa pursuing religious education is never a limitation to achieving academic excellence.

“Sebagai ibu ayah, kami hanya mampu bersyukur melihat anak-anak grow dengan seimbang, ilmu dunia yang dikejar, akhirat yang dijaga.

“Semoga Allah SWT terus memelihara anak-anak kita semua, mengurniakan kejayaan yang membawa manfaat di dunia dan keberkatan hingga ke akhirat. Ameen Ya Rabb,” tulisnya.

Sementara itu, perkongsian Faizal itu juga turut menerima ucapan tahniah dan reaksi positif daripada netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement