Skip to main content

Hiburan

“Dah Nak Masuk Umur 40, Saya Stop Fikir Pasal Kahwin” – Fatiya Latiff

Astro Gempak 568

Sekilas

  • Pelakon Fatiya Latiff berkongsi pandangannya tentang soal jodoh dan perkahwinan ketika usianya hampir 40 tahun.
  • Fatiya menyatakan dia sudah tidak terlalu memikirkan soal kahwin dan lebih fokus mencari kebahagiaan dari arah lain.
  • Dia juga mengajak pengikutnya berkongsi pendapat mengenai pandangan tersebut melalui hantaran di Threads.

Pelakon Fatiya Latiff tampil berkongsi pandangannya mengenai soal jodoh dan perkahwinan selepas usianya kini menghampiri angka 40 tahun.

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff mengakui dia tidak lagi terlalu memikirkan soal mendirikan rumah tangga seperti sebelum ini.

“Bagi saya bila dah nak masuk umur 40 tahun, saya dah berhenti fikir pasal kahwin.

“Melainkan awak masih ‘hot’, masih ada harapan lagi.

“Tapi kalau rupa tu dah nak sama dengan kipas dekat rumah awak, hentikanlah harapan itu,” tulisnya berseloroh. 

fgdf

Bagaimanapun, pelakon drama Ariana Rose itu menjelaskan kebahagiaan tidak semestinya datang daripada sebuah perkahwinan.

“Saya cuba cari kebahagiaan dari arah yang lain pula kerana ia bukan pengakhiran dunia lagi.

“Tiba-tiba pula,” katanya lagi.

Pada penghujung hantaran tersebut, Fatiya turut bertanyakan pandangan pengikutnya sama ada mereka bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan.

Sumber: Threads

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement