Skip to main content

Antarabangsa

Bekas Pemandu F1, Atlet Paralimpik Alex Zanardi Meninggal Dunia

Astro Gempak Alex” Zanardi

Sekilas

  • Bekas pemandu F1 dan atlet Paralimpik, Alessandro Zanardi, meninggal dunia pada usia 59 tahun secara mengejut pada Jumaat malam.
  • Zanardi kehilangan kedua-dua kakinya dalam kemalangan perlumbaan pada 2001 dan kemudian memenangi enam pingat Paralimpik dalam acara hand-cycling.
  • Beliau dikenang sebagai ikon sukan yang memberi inspirasi melalui keberanian dan pencapaian luar biasanya dalam F1 dan sukan berbasikal para.

Bekas pemandu Formula Satu (F1) dan atlet Paralimpik Alessandro "Alex” Zanardi meninggal dunia pada usia 59 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik kenyataan keluarganya pada Sabtu.

Atlet Itali itu kehilangan kedua-dua kakinya dalam kemalangan perlumbaan kereta di Litar Lausitzring di Jerman pada 2001.

Beliau kemudian beralih kepada sukan lumba basikal para dan memenangi empat pingat emas serta dua pingat perak dalam acara "hand-cycling" di Sukan Paralimpik.

Zanardi bertanding dalam lebih 40 perlumbaan F1 antara 1991 hingga 1999.

Beliau pernah berlumba untuk pasukan Lotus dan Williams antaranya dan pernah menjadi rakan sepasukan Ralf Schumacher.

Beliau kemudian meraih kejayaan dalam sukan berbasikal pada Sukan Paralimpik 2012 di London dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Keluarganya tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kematian.

Mereka memaklumkan Zanardi meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat malam.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni turut memberi penghormatan kepada Zanardi sebagai seorang "lelaki luar biasa yang mampu menjadikan setiap ujian dalam hidup sebagai pengajaran tentang keberanian, kekuatan dan maruah.

"Melalui pencapaian sukan, teladan dan kemanusiaannya, beliau memberikan kepada kita semua lebih daripada sekadar kemenangan: beliau memberi harapan, kebanggaan dan kekuatan untuk tidak pernah berputus asa.” - Bernama 

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement