Skip to main content

Hollywood

Dihalang Bertentang Mata & Dipaksa Bersihkan Rumah Anjing, Pembantu Rumah Saman Kylie Jenner

Astro Gempak kylie

Sekilas

  • Kylie Jenner disaman oleh dua pembantu rumah yang mendakwa mengalami diskriminasi, gangguan, dan layanan buruk sepanjang bekerja dengannya sejak 2019.
  • Salah seorang pembantu, Juana Delgado Soto, mendakwa menerima layanan perkauman, dipaksa bekerja lebih masa, dan dihalang menggunakan kemudahan asas seperti tandas.
  • Soto berhenti kerja pada Ogos 2025 selepas mengalami tekanan mental, manakala Kylie Jenner masih belum memberi sebarang respons terhadap saman tersebut.

Nama Kylie Jenner menjadi bualan hangat di Hollywood pada minggu ini selepas dua orang pekerja yang berkhidmat sebagai pembantu rumah memfailkan saman terhadapnya selepas didakwa melakukan diskriminasi serta gagal mempertahankan hak mereka.

Juana Delgado Soto yang merupakan pekerja bagi Tri Star Services and La Maison Family Services melayangkan saman kepada bintang realiti itu atas dakwaan menerima layanan buruk, didiskriminasi yang bersifat perkauman, gagal mendapat bayaran tepat waktu, menerima gangguan serta beberapa pertuduhan lain, lapor Los Angeles Times.

Menurut dokumen Mahkamah, Soto mula berkhidmat untuk Jenner sejak tahun 2019 dan menerima gangguan pada waktu rehat dan makan sebelum layanan terhadapnya menjadi semakin buruk pada 2023 selepas seorang pengurus, Itzel Sibrian mula bekerja.

Pada 2024, Soto mendakwa telah membuat aduan ke bahagian sumber manusia yang antaranya mendakwa Sibrain telah mencela cara percakapan, status imigrasi serta memangginya bodoh. Wanita itu sempat ditukar ke tempat lain selepas aduan dibuat, namun kembali bekerja dengan Jenner.

Keadaan menjadi lebih buruk selepas Sibrain seperti ‘membalas dendam’ dengan memberi Soto bekerja lebih masa dan memotong gajinya.

Tidak berpuas hati dan rasa teraniaya, Soto menulis surat dan menyelitkannya di atas meja Jenner. Soto antaranya menulis: “Saya ingin meluahkan perasaan kerana telah didera secara mental.

“Saya minta maaf kerana memberitahu anda mengenai situasi ini. Tapi saya berharap jika hal ini berada dalam pengetahuan anda, anda dapat membantu saya.”

Sejak meninggalkan surat tersebut, dia telah menerima layanan yang lebih buruk dan mahu diberhentikan.

“Defendant mendakwa telah dihalang bertentang mata dengan Jenner atau tersenyum kepadanya. Jika Jenner nampak Soto berbuat demikian, dia akan diberhentikan,” tulis dokumen itu.

Soto malah mendakwa telah diberi sekatan akses termasuk untuk menggunakan tandas, dipaksa membersihkan rumah anjing Jenner serta dilarang minum air di kediaman bintang berusia 28 tahun itu.

Pada Ogos 2025, Soto akhirnya menghantar surat berhenti kerja yang antaranya mengatakan dia sudah tidak tahan dengan layanan buruk yang diterima sehingga mengalami anxiety.

Sehingga kini Jenner belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan dan saman yang dilayangkan kepadanya.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement