Sekilas
- Dewi Perssik meluahkan rasa kecewa selepas berita palsu mengenai kematiannya akibat kemalangan tersebar luas di media sosial.
- Beberapa akaun media sosial membuat siaran langsung membahas kronologi kematiannya secara palsu dan menyebarkan maklumat tersebut selama tiga hari berturut-turut.
- Dewi Perssik kini sedang mengumpul bukti dan mempertimbangkan tindakan lanjut terhadap penyebaran berita palsu tersebut.
Penyanyi dangdut Dewi Perssik melahirkan rasa geram dan kesal terhadap pemberitaan yang mendakwa dirinya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.
Lebih parah, berita palsu itu sempat dikongsikan beberapa akaun media sosial dengan melakukan siaran secara langsung dan membahas kronologi kematiannya kerana kenderaan yang dinaiki mengalami rosak teruk akibat kemalangan. Tidak hanya itu, ‘laporan’ tersebut lengkap menampilkan foto dirinya serta tulisan belangsukawa.
Padahal, pemilik ‘goyang gergaji’ itu berada dalam keadaan sihat.
"Beberapa akaun membuat siaran langsung membahas kronologi saya meninggal kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Pada saya jika ia hanya konten, boleh diterima tapi ini dibahas secara langsung. Saya kesal,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Malah Dewi Perssik atau Depe mengaku diundang masuk ke siaran langsung dan apabila dia menyertai untuk membuktikan berita tersebut palsu, dirinya dipersenda. Penyanyi itu dipanggil makhluk halus kerana menyertai siaran langsung tersebut.
Menurut Depe, ada sekitar 16 akaun yang terlibat, dan para pelaku sengaja mengatur waktu siaran mereka secara bergantian agar informasi palsu tersebut terus berputar di media sosial. Kekesalan Depe memuncak kerana pemberitaan palsu itu berlangsung selama tiga hari berturut-turut.
Mantan istri Aldi Taher tersebut mengaku sudah lama bersabar, namun perlakuan kali ini dinilai sudah melampaui batas.
“Saya cuba bersabar, sekali , dua dan tiga kali saya diamkan. Tapi untuk berhari-hari saya dibilang sudah meninggal dunia, ini tidak betul.
Oleh itu kata Depe dia kini sedang mengumpulkan bukti termasuk melihat tentang manipulasi data di Facebook sebelum mengambil tindakan lanjut.