Sekilas
- Norreen Iman berkongsi pengalaman dan cabaran menjadi individu berbadan besar yang sering mengutamakan kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri.
- Beliau menegaskan bahawa menjaga kesihatan adalah penting untuk jangka masa panjang dan membantu seseorang lebih menyayangi serta menghargai diri sendiri.
- Norreen mengingatkan supaya tidak bergantung pada orang lain untuk kebahagiaan, sebaliknya fokus pada kesihatan dan kasih sayang diri sendiri.
Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman menitipkan pesanan buat seorang individu selepas dia memohon orang ramai untuk menghina dirinya supaya memberi kesedaran kerana berbadan besar.
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen atau nama penuhnya Norreen Iman Abdullah berkata bahawa menjadi individu yang memiliki tubuh badan yang besar bukanlah perkara yang mudah, malah golongan ini sentiasa mendahulukan kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri.
“Jadi gemuk ini memang hina. Kadang sampai nak sayang diri sendiri, kena fikir dua tiga kali sebab orang gemuk ini memang sayang orang lebih dari sayang diri sendiri. Tetapi, kalau fikir pasal orang sampai sudah tak habis-habis,”tulisnya.
Pelakon filem Mikael Pemburu Dua Alam itu menasihati bahawa menjaga kesihatan dapat merawat diri untuk jangka masa panjang tanpa mengharapkan bantuan orang lain selain dapat menyayangi serta menghargai diri sendiri.
“Anggap sahajalah kalau kita gemuk sampai tua, risau tak terjaga. Kalau kita sihat, kita boleh sayang diri kita dalam banyak cara. Tak perlu nak tunggu orang gembirakan kita sahaja,”ujarnya.