Skip to main content

Hiburan

‘Talk To My Manager 2’ Serlah Bakat Anak Amyza Azman, Aisha Retno Terbuka Cipta Lagu - “Saya Nak Jika Beliau Sudi”

Astro Gempak 474

Sekilas

  • Persembahan penuh emosi Adrian, anak pelakon Amyza Aznan, dalam Talk To My Manager 2 mendapat pujian ramai selepas videonya tular di media sosial.
  • Netizen dan penyanyi Aisha Retno berharap Adrian diberi peluang oleh komposer tempatan untuk terus berkembang dalam industri muzik.
  • Ramai terharu dengan keberanian Adrian membuat persembahan walaupun sedang menghadapi ujian kesihatan dan berharap dia terus maju dalam bidang seni suara.

Persembahan penuh emosi Adrian, anak kepada pelakon Amyza Aznan dalam program Talk To My Manager 2 baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas videonya tular dalam media sosial.

Rata-rata netizen memuji vokal dan penyampaian remaja tersebut yang disifatkan sangat menyentuh hati lebih-lebih lagi ketika dia sedang berdepan ujian kesihatan.

Menjengah ke ruangan Threads, ada seorang pengguna yang turut berharap bakat Adrian diberikan peluang oleh komposer tempatan untuk terus berkembang dalam industri muzik.

“Komposer-komposer hebat tolonglah ambil dia buat lagu best-best,” tulisnya. 

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian penyanyi dan komposer, Aisha Retno yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Adrian sekiranya diberi peluang.

“Saya nak jika beliau sudi,” katanya.

FDGFDG

Terdahulu, persembahan Adrian menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton yang menyifatkan nyanyiannya sangat jujur dan penuh penghayatan.

Malah, ramai turut meluahkan rasa tersentuh melihat keberanian remaja tersebut tampil membuat persembahan di sebalik cabaran kesihatan yang dihadapinya.

Dalam masa sama, netizen berharap Adrian dapat terus mengembangkan potensinya dalam bidang seni suara pada masa akan datang.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Advertisement