Skip to main content

Berita Tempatan

"She’s Even More Beautiful In Person" - Hadir Sesi Ujibakat Bersama Untuk PGLM, Mimi Lana Puji Mila Mohsin

Astro Gempak mimilana mila

Sekilas

  • Pelakon Mimi Lana teruja dengan pengumuman Mila Mohsin sebagai teraju utama Puteri Gunung Ledang The Musical dan berkongsi pengalaman uji bakat mereka di media sosial.
  • Mila Mohsin dipilih memegang watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah, mewarisi legasi Puteri Gunung Ledang sebagai anak kepada penerbit dan pelakon asal, Tiara Jacquelina.
  • Selain Mila, penyanyi Aisha Retno juga diumumkan sebagai pelakon utama, manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah membawa watak Bayan dalam produksi musim baharu ini.

Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa teruja selepas pengumuman Mila Mohsin sebagai antara teraju utama Puteri Gunung Ledang The Musical.

Menerusi perkongsian di media sosial, Mimi memuat naik foto bersama Mila dan berkongsi bahawa mereka menghadiri sesi uji bakat pada hari yang sama.

“We auditioned on the same day, and she’s even more beautiful in person.

“So well deserved for @madeofmila and @aisharetno02. This is going to be something truly magical! can’t wait to witness it all unfold @pglthemusical,” tulisnya.

Untuk rekod, Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin diumumkan sebagai salah seorang penggalas watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah bagi musim baharu PGLM.

Mila juga mempunyai hubungan cukup dekat dengan naskhah tersebut kerana merupakan anak kepada penerbit dan pelakon asal Puteri Gunung Ledang, Tiara Jacquelina bersama Allahyarham Hani Mohsin.

Menurut kenyataan rasmi produksi, pemilihan Mila bukan sekadar memperkenalkan generasi baharu, tetapi turut melambangkan legasi, pertalian darah dan kesinambungan dunia Puteri Gunung Ledang yang sudah hidup dalam hati penonton selama lebih dua dekad.

Selain Mila, penyanyi Aisha Retno turut diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama bagi watak Gusti Putri, manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah pula membawakan watak Bayan.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Advertisement