Skip to main content

Hiburan

Pernah Disogok Sehingga RM30 Juta, Adi Putra Kekal Prinsip Tolak Rasuah - “Ada Yang Cuba…”

Adi Putra

Sekilas

  • Datuk Adi Putra mendedahkan pernah ditawarkan sogokan wang sehingga RM30 juta oleh pihak tertentu yang dipercayai mahu sesuatu balasan daripadanya.
  • Pelakon itu menegaskan dia akan menilai tawaran tersebut dan menolak sebarang bentuk rasuah yang bertujuan menghalalkan sesuatu perkara.
  • Walaupun tawaran wang besar diterima, Adi tetap berpegang pada prinsip dan lebih mementingkan legasi yang ingin ditinggalkan kepada warisnya.

Pelakon, Datuk Adi Putra mendedahkan bahawa dirinya pernah disogok serta ditawarkan wang mencecah jutaan ringgit oleh pihak tertentu yang dipercayai mahukan sesuatu balasan daripadanya.

Menurut Adi atau nama lengkapnya Mohamed Hadi Putera Halim, perkara itu bukanlah satu perkara yang baharu, namun dia memilih untuk menilai terlebih dahulu sebelum mahu membuat keputusan samada mahu menerima atau sebaliknya.

“Ramai (yang cuba sogok). Ada yang cuba merasuah tapi saya akan lihat perspektif apa yang dia nak. Kalau hadiah itu berlainan tapi kalau rasuah untuk menghalalkan sesuatu saya akan tolak.

“Mungkin kerana ingin melobi. Saya terus terang sahaja kerana itulah yang berlaku pada zaman sekarang,” katanya kepada Gempak.

Adi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya yang berjudul Konspirasi bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

Ditanya mengenai tawaran paling besar pernah diterimanya, pelakon berusia 45 tahun ini tanpa berselindung memaklumkan bahawa dia pernah ditawar sehingga RM30 juta.

“RM10 juta, RM20 juta, RM30 juta pun ada. Bukan tak ada, ada. Ada ke melobi zaman sekarang RM100? Tak ada. Tak main lah kan?,” katanya lagi.

Sungguhpun begitu, Adi memaklumkan bahawa jumlah wang yang besar sama sekali tidak menggadai prinsipnya untuk menolak rasuah.

“Duit ini cuma angka. Walaupun nilainya sebesar itu, bila masuk senang, keluar pun senang.

“Tapi apa yang saya mahu tinggalkan kepada waris saya, itu yang lebih penting,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement