Skip to main content

Selebriti

Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Niat Mahu Sampaikan Ke Gaza - “Maaf Andai Perbuatan Saya Tidak Sopan…”

Haroqs mohon maaf

Sekilas

  • Haroqs, personaliti media sosial dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), memohon maaf secara terbuka selepas mencampakkan coklat ke laut yang mengundang kecaman netizen.
  • Haroqs menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk menyampaikan coklat kepada anak-anak di Gaza dan mengakui perbuatannya mungkin dianggap tidak sopan.
  • Ini adalah kali kedua Haroqs menyertai misi kemanusiaan GSF, selepas pernah diculik tentera Israel pada tahun 2025 ketika dalam misi sebelum ini.

Personaliti media sosial dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tindakannnya mencampakkan coklat ke laut mengundang kecaman netizen.

Menerusi hantaran di platform Threads, Haroqs memohon maaf sekiranya perbuatannya itu dianggap tidak sopan dan boleh mencemarkan kehidupan laut.

Dalam masa sama, dia juga menjelaskan tindakannya  itu dilakukan kerana berharap pemberian tersebut sampai kepada anak-anak di Gaza.

“Maaf andai perbuatan saya mencampakkan coklat di tengah laut adalah tidak sopan dan mencemarkan kehidupan laut.

“Saya sedar saya manusia yang kurang cerdik saya cuma tiada pilihan lain untuk sampai coklat ke anak anak G.

“Dengan cara apa sekalipun saya buat mungkin anda tidak senang. Kalau dengan cara ini baru buka mata dan minda anda untuk bersuara nampaknya memang anda menanti kesilapan dari saya.

“Saya hanya berharap Allah menyampaikan coklat ini ke anak anak di G. Keep going Allah with us,” coretnya.


Sekadar info, ini merupakan kali kedua Haroq menyertai misi kemanusiaan GSF.

Sebelum ini, pada tahun 2025, Haroqs yang menaiki Kapal Free Willy bersama 22 sukarelawan GSF Malaysia yang lain pernah diculik tentera Israel ketika di perairan antarabangsa sebelum dimasukkan ke penjara

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Advertisement