Skip to main content

Selebriti

Marissa Nafi Menangis, Aslam Pula Enggan Ulas Isu Perceraian - “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Bakar isteri

Sekilas

  • Ahmad Aslam memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding lafaz cerai dan rujuk bersama isteri, Marissa Dania Hakim, dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada mahkamah.
  • Proses perbicaraan telah selesai dan Aslam memohon doa yang terbaik tanpa memberikan sebarang kenyataan lanjut bagi menghormati proses mahkamah.
  • Perkahwinan Aslam dan Marissa yang berlaku di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 mendapat perhatian kerana Aslam masih berstatus suami kepada isteri pertama ketika itu dan perkahwinan tersebut dibuat tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Personaliti media sosial, Ahmad Aslam, memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung prosiding lafaz cerai dan rujuk melibatkan dirinya bersama isteri, Marissa Dania Hakim.

Aslam ketika ditemui memaklumkan, proses perbicaraan yang berlangsung telah pun selesai, namun menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pihak mahkamah.

“Alhamdulillah untuk proses perbicaraan ini sudah selesai. Jadi untuk apa-apa yang berlaku selepas ini mohon doakan yang terbaik,” ujarnya ringkas.

Menurut Aslam lagi, dia tidak berhasrat untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan bagi menghormati proses yang telah ditetapkan.

“Saya tak ada apa-apa nak komen, semuanya bergantung pada pihak mahkamah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Marissa menangis atau tidak selepas prosedur itu, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini juga menafikan perkara itu.

“Tidak”, jawabnya ringkas.

Pasangan Aslam dan Marissa tiba bersama di mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi, namun ketika hadir kedua-duanya enggan mengulas ketika disapa media.

Pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah ini bagi tujuan pengesahan pernikahan mereka selepas setahun yang berlaku di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan, ketika perkahwinan itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga termasuk ibu bapa Marissa iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi perhatian apabila Ahmad Aslam bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Ahmad Aslam sedang mengerjakan umrah.
Ketika itu, Ahmad Aslam dilapor masih lagi memegang status sebagai suami orang.

Pernikahan itu juga dilaporkan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuk ibu dan bapanya.

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement