Skip to main content

Hiburan

Didakwa Bersikap Sombong, Nabil Mahir Kongsi Sifat Sebenar Ayda Jebat - “Dia Sejenis Orang Yang…”

Astrogempak NABIL

Sekilas

  • Nabil Mahir pertahankan isterinya, Ayda Jebat, yang sering dianggap sombong oleh sesetengah pihak, dengan menegaskan Ayda sangat mengutamakan peminatnya.
  • Menurut Nabil, Ayda sanggup berkorban demi peminat, termasuk meminta jahitan luka supaya dapat bertemu mereka walaupun dalam keadaan kurang sihat.
  • Nabil juga jelaskan sikap Ayda yang mudah leka dan fokus pada sesuatu perkara menyebabkan salah faham tentang sikapnya, bukan bermaksud sombong.

Suami kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir mempertahankan isterinya susulan dakwaan segelintir pihak yang menganggap Ayda bersikap sombong terhadap peminat.

Menurut Nabil, sepanjang perkahwinan mereka, dia sendiri menjadi saksi bagaimana Ayda sentiasa meletakkan peminat sebagai keutamaan dalam setiap perkara.

“Overs the years, saya memang ikut dia ke hampir semua events yang dia pergi. Ayda ni sejenis orang yang cannot say no to the fans, dia memang sangat-sangat sayang fans dia. 

“That's why bila dia punya perut terbuka, walaupun doktor kata tak perlu jahit, dia minta jahit juga sebab dia nak pergi jumpa fans dia kat Singapura masa time tu. So that is Ayda Jebat. 

“Dia memang sayang sangat fans dia daripada dulu sampai sekarang. Dan fans dia yang daripada dulu yang memang kenal Ayda, memang tahu perangai Ayda memang macam tu,” katanya kepada Gempak. 

Tambah Nabil lagi, sikap Ayda yang terlalu mengutamakan peminat kadangkala membuatkan mereka berdepan cabaran dari segi masa, terutama ketika menghadiri acara rasmi.

“Dan bila saya pergi tengok dia dekat event-event, kadang-kadang security yang nak tahan apa tu fans ni pun pening dengan dia. Saya pun sama sebab saya seorang yang pentingkan masa dan guard kena jaga untuk bawa dia naik ke atas stage, tapi Ayda akan tetap berhenti dan mahu mengambil gambar dengan fans walaupun kita tahu kita dah lambat. 

“Saya pun pening juga. Dia ni memang perangai kan tapi that is Ayda Jebat, she always prioritizes her fans,” ujarnya. 

Dalam masa sama, Nabil percaya tanggapan ‘sombong’ yang dilemparkan terhadap isterinya mungkin berpunca daripada salah faham.

Jelasnya lagi, Ayda juga mempunyai sifat mudah ‘terleka’ apabila sedang fokus terhadap sesuatu perkara sehingga tidak menyedari keadaan sekeliling.

"Jadi kepada mereka yang mengatakan Ayda tu sombong, I don't know which version yang you pernah jumpa. Maybe benda tu adalah salah... salah anggap saja. Dan Nabil nak minta maaf on behalf. Sebab Ayda ni minta maaflah, tapi Ayda ni memang tak boleh multitask

“Dia kalau tengah fikir something, lepas tu dia tengah fikir, muka dia macam tu saja. Tapi mungkin mata dia kat sana, mungkin pandang awak. So awak mungkin 'Hai!', tapi dia tak nampak tau. 

"Dia macam dalam dunia dia tengah fikir apa benda yang dia tengah fikir tu,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement