Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Nyanyian ‘Seribu Tahun’ Kim Khairii Dapat ‘Standing Ovation’ Dari Aina Abdul - “Saya Goosebumps”

Talk To My Manager

Sekilas

  • Kim Khairii berjaya menarik perhatian juri jemputan Aina Abdul dengan persembahan lagu Seribu Tahun Lagi pada minggu kedua Talk To My Manager 2.
  • Aina Abdul memberikan standing ovation dan pujian atas ketepatan dan emosi persembahan Kim yang membuatkan bulu roma meremang.
  • Program ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, juga boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii berjaya menarik perhatian juri jemputan, Aina Abdul menerusi persembahannya pada minggu kedua.

Mendendangkan lagu, Seribu Tahun Lagi nyanyian asal Imran Ajmain dengan baik Kim turut berjaya mendapat 'standing ovation' daripada Aina.

“Hebatnya awak. Setiap kali saya mendengar persembahan, saya akan lihat pada first note dan awak berjaya lakukannya dengan betul.

“Merinding bulu roma saya bila melihat persembahan awak dan saya yakin penyanyi asal juga gembira melihatnya,” komen Aina.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement