Sekilas
- Penyanyi Didi Astillah dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tangga dan mengalami kecederaan di dahi.
- Berita itu dikongsi oleh adiknya, Eina Astillah, melalui Insta Stories dengan gambar Didi di unit kecemasan.
- Netizen mendoakan agar Didi cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.
Penyanyi, Didi Astillah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh dari tangga.
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun Insta Stories milik ibunya, Eina Astillah pada Isnin.
Hantaran itu juga disertakan dengan beberapa foto merakamkan Didi berada di unit kecemasan sebuah hospital dan sedang baring di atas katil sambil menahan sakit.

Melalui foto tersebut juga, jelas menunjukkan dahi di bahagian sebelah kanannya berlumuran darah.
“Semoga baik-baik sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, di platform Threads, sebuah akaun yang dikenali sebagai @maszmassz memaklumkan perkara yang sama.
“@Didiastillah kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga @didiangelastillah cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah,” coretnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Didi kembali sihat dan pulih seperti sediakala.