Skip to main content

Selebriti

Maher Zain Perjelas Mengapa Ambil Masa Lama Terbit Album 'Back To You', Sifatkan Malaysia Negara Istimewa - "Saya Masih Ingat Dengan Jelas Ketika..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Maher Zain jelaskan tempoh lama keluarkan album 'Back To You' disebabkan perubahan industri muzik yang kini lebih fokus pada single.
  • Album terbaru ini mengandungi 16 lagu dan memberi pengalaman berbeza serta kepuasan berbanding keluarkan single sahaja.
  • Malaysia kekal tempat istimewa dalam karier Maher Zain kerana sokongan luar biasa peminat sejak awal perjalanan muziknya.

Penyanyi, Maher Zain tampil menjelaskan mengapa dirinya mengambil tempoh yang agak lama untuk mengeluarkan album terbaharunya iaitu 'Back To You'.

Maher atau nama penuhnya Maher Mustafa Maher Zain berkata, perancangan untuk menerbitkan album sebenarnya sentiasa ada, namun perubahan landskap industri muzik yang kini lebih memberi keutamaan kepada single menyebabkan mereka perlu menyesuaikan dengan sitausi semasa.

"Sejujurnya, perancangan itu sentiasa ada. Kami berkali-kali duduk berbincang, “Jom kita buat album.” Namun untuk satu tempoh yang panjang, konsep album seakan-akan sudah tidak lagi menjadi keutamaan dalam industri.

"Kebanyakan artis lebih cenderung menghasilkan single berbanding sebuah album penuh. Jadi kami menyesuaikan diri dengan perubahan itu dan memilih untuk terus berkarya secara konsisten dengan mengeluarkan dua hingga tiga lagu setiap tahun,"katanya kepada Gempak.

Namun begitu, menurutnya, penghasilan album tetap memberikan kepuasan dan pengalaman yang berbeza berbanding single, sekali gus mendorong mereka untuk kembali menghasilkan album tersebut.

"Walau bagaimanapun, jauh di sudut hati, kami tetap merasakan bahawa album mempunyai satu kekuatan yang berbeza. Ia membawa satu tenaga dan “vibe” yang tidak sama seperti single.

"Bagi kami sebagai satu pasukan, proses menghasilkan album memberi semangat yang lain. Ia terasa lebih menyeluruh, seolah-olah kami sedang membina satu pakej lengkap dengan pelbagai mesej, emosi dan cerita yang ingin disampaikan. Dan yang paling penting, kami dapat memberi lebih banyak kepada pendengar.

"Dalam satu album, biasanya ada 10, 12, 15 malah 16 lagu. Untuk album kali ini, kami memilih untuk tampil dengan 16 lagu. Menariknya, setiap album yang dihasilkan menunjukkan perkembangan. Album pertama mengandungi 13 lagu, diikuti 14 lagu untuk album kedua, kemudian kembali kepada 13 lagu untuk album ketiga, dan kini meningkat kepada 16 lagu. Siapa tahu, mungkin album seterusnya akan mencecah 17 atau bahkan 20 lagu,"ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Insha Allah itu turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang cukup istimewa dalam perjalanan kariernya, kerana menjadi antara penyumbang utama kepada popularitinya di peringkat awal.

"Bercakap tentang Malaysia, negara ini sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya. Saya benar-benar percaya bahawa Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada perjalanan dan kejayaan saya. Sejak hari pertama, saya menerima kasih sayang dan sokongan yang luar biasa daripada peminat di sini.

"Saya masih ingat dengan jelas, ketika kami melancarkan album pertama, sasaran kami adalah pendengar yang berada dalam situasi seperti saya  khususnya umat Islam di Barat yang berdepan krisis identiti. Jadi fokus promosi kami lebih terarah ke sana.

"Namun secara tiba-tiba, kami mula mendengar respons dari Malaysia. Ramai yang menghasilkan cover lagu-lagu saya, begitu juga di seluruh Asia Tenggara tetapi Malaysia benar-benar menonjol. Malaysia kekal sebagai tempat yang sangat dekat di hati saya,"kongsinya.

Sekadar info, Maher Zain telah melancarkan album Back To You yang memuatkan 16 buah lagu sekitar awal April 2026 lalu.

Album ini juga dibangunkan menerusi beberapa siri kem penulisan lagu antarabangsa yang diadakan di pelbagai negara termasuklah Maghribi, Turki, Sweden, dan Indonesia.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement