Skip to main content

Selebriti

Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Drama Dendam Seorang Mentua? Babak Saksi Pernikahan Yusry Curi Tumpuan

Bakar isteri

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim muncul dalam babak drama Dendam Seorang Mentua yang menunjukkan dia bersedia untuk berkahwin di masjid.
  • Isterinya, Lisa Surihani, turut kelihatan sebagai saksi pernikahan dalam video yang meraih 4.8 juta tontonan di TikTok walaupun drama belum ditayangkan.
  • Drama ini akan disiarkan di Astro Prima mulai 4 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang, dan boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan Sooka.

Pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mencuri perhatian apabila muncul dalam sebuah babak menerusi drama Dendam Seorang Mentua.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok, Yusry yang memakai baju melayu berwarna putih itu dilihat sedang bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dalam sebuah masjid.

Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila aktres yang merangkap isterinya, Lisa Surihani turut kelihatan berada dalam kalangan saksi pernikahan tersebut, sekali gus membuatkan penonton teruja melihat gandingan pasangan suami isteri itu.

Video berdurasi 23 saat itu meraih sekitar 4.8 juta tontonan meskipun drama berkenaan belum lagi ditayangkan.

Selain Yusry, drama ini turut dibintangi Tracie Sinidol, Chacha Maembong, Hariz Hamdan, Datuk Aaron Aziz, Intan Ladyana dan ramai lagi.

Dendam Seorang Mentua bakal bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.

Ia juga boleh ditonton secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.



 

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement