Skip to main content

Hiburan

Bukan Saja-Saja ‘Reset’ Instagram, Syamel Buka Lembaran Baharu Dengan Single ‘Pertama’ - “Ada Satu Fasa Rasa Nak...”

Astro Gempak 420

Sekilas

  • Syamel mengambil langkah untuk ‘reset’ perjalanan seni dan media sosial sebagai permulaan fasa baharu dalam kerjaya muziknya.
  • Lagu terbaru Syamel, 'Pertama', adalah karya berentak rancak yang menandakan kembalinya dia dengan lagu catchy selepas enam tahun.
  • Sebuah mini dokumentari mengenai perjalanan hidup Syamel turut ditayangkan, mendedahkan pengalaman dan cabaran termasuk kritikan fizikal yang pernah dihadapinya.

Penyanyi Syamel mengambil langkah untuk ‘reset’ keseluruhan perjalanan seninya termasuk media sosial sebagai simbolik kepada permulaan fasa baharu dalam kerjaya.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, keputusan tersebut dibuat selepas melalui pelbagai fasa turun naik sepanjang bergelar anak seni.

“Tak dinafikan turun naik tu saya rasa juga dalam industri ini. Kita manusia biasa, ada masa ‘down’, ada masa terlalu ‘down’.

“Tapi akhirnya bila saya balik, saya tahu bukan pasal saya seorang saja. Saya ada keluarga dan peminat yang sentiasa percaya.

“Ada satu fasa saya rasa nak ‘reset everything’. Jadi benda pertama saya buat adalah reset media sosial, Instagram saya.

“Saya rasa saya kena mula di suatu tempat untuk perjalanan yang baharu ini,” ujarnya.

Syamel berkongsi perkara itu semasa sidang media pelancaran lagu Pertama yang diadakan di TGV Cinemas, Pavilion, Bukit Jalil pada petang Selasa.

Dalam masa sama, Syamel turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak rakaman, Universal Music serta pasukan produksi yang banyak membantu merealisasikan idea-ideanya.

“Mereka percaya dengan apa yang saya cadangkan dan kami ada matlamat yang sama. Alhamdulillah, saya dah ‘restart’ dan ‘refresh’ diri,” katanya.

Mengulas mengenai lagu tersebut, Syamel memberitahu Pertama merupakan karya berentak rancak selepas kali terakhir tampil dengan lagu sebegitu menerusi ‘Kau Pun Sama’ kira-kira enam tahun lalu.

“Kali terakhir saya keluarkan lagu rancak adalah Kau Pun Sama, lebih kurang enam tahun lepas.

“Jadi saya rasa dah sampai masa untuk saya tampil dengan lagu ‘catchy’ dan ini permulaan untuk fasa baharu saya,” jelasnya.

Pada masa sama, sebuah mini dokumentari mengenai perjalanan hidupnya turut ditayangkan secara eksklusif kepada tetamu sempena pelancaran single tersebut.

Menurut Syamel, dokumentari itu membuka kembali kisah lalu termasuk pengalaman berdepan kritikan terhadap fizikalnya suatu ketika dahulu.

“Bila ‘throwback’, saya teringat masa orang pernah sentuh fizikal saya. Dulu berat saya hampir 100 kilogram.

“Tapi masa itu saya ada semangat untuk teruskan juga walaupun berdepan perkara tersebut,” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju muzik selepas ini, Syamel tidak menolak akan kembali dengan lagu balada pada EP yang akan datang.

“Itu kejutan, mungkin dalam EP pertama atau kedua.

“Tapi buat masa sekarang, kita mula dengan Pertama dulu. Lagu lain semua dah siap, tinggal nak keluarkan sahaja,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement