Skip to main content

Selebriti

Isu Artis Sombong, Rosyam Nor Pesan Tak Adil ‘Judge’ Orang Dalam Waktu Singkat - “Mungkin Masa Itu Dia Penat, Ada Masalah, Kusut”

Bakar isteri

Sekilas

  • Datuk Rosyam Nor menegaskan tiada artis yang sombong dan mereka juga manusia biasa yang kadang-kadang penat atau menghadapi tekanan kerja.
  • Rosyam mengingatkan orang ramai supaya tidak menilai keperibadian artis hanya berdasarkan ekspresi wajah atau pengalaman singkat kerana keadaan mereka mungkin berbeza.
  • Beliau juga menekankan pentingnya menjaga hubungan dengan peminat kerana sokongan mereka sangat membantu dalam kerjaya artis.

Pelakon, Datuk Rosyam Nor memberikan pandangan berhubung isu hangat diperkatakan di media sosial ketika ini yang melabelkan segelintir artis sebagai sombong.

Rosyam berpendapat tiada istilah artis sombong seperti diperkatakan segelintir netizen sebaliknya selebriti juga manusia biasa yang adakalanya berdepan dengan keletihan, tekanan kerja dan sebagainya.

“Bagi saya, tiada artis yang sombong. Saya tak nampak ada artis yang sombong. Semua okay saja. Yang saya tengok dari jauh pun semua okay saja,” ujarnya.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaharunya, Pewaris Susuk, di GSC Cinemas, Lalaport, pada Selasa.

Dalam pada itu, Rosyam juga menegaskan tidak adil sekiranya menilai keperibadian seseorang hanya dengan menerusi ekspresi wajah, reaksi spontan atau pengalaman singkat bersama artis.

“Kita tak boleh nak ‘judge’ artis sombong bila kali pertama jumpa. Mungkin masa itu dia (artis) penat, takkan dia nak tersenyum.

“Mungkin karakter dia sebegitu tapi dia tak sombong pun. Macam muka saya ini, muka saya muka garang. Ada masa saya berjalan dengan muka berkerut.

“Jadi takkan nak cakap saya sombong. Kita kena faham keadaan seseorang artis. Ada masa dia penat. Mungkin dia ada masalah. Mungkin masalah duit tak ada, masalah keluarga, jadi dia kusut.

“Tapi kalau awak pergi tegur dia, dia okay. Tidaklah nak tunggu artis itu tersengih saja pada semua orang, nanti orang kata apa asyik tersengih saja,” tegasnya.

Dalam masa sama, Rosyam mengakui sebagai artis, dia tetap menjaga hubungan dengan peminat kerana tanpa peminat, mana mungkin seseorang artis itu mempunyai sokongan dalam industri.

“Kalau peminat datang nak bergambar, saya santuni. Siapa artis kalau tanpa peminat?

“Peminat yang bergambar, akan kongsi gambar itu bersama keluarga atau rakannya, jadi mereka seperti ‘rakan promosi’ buat kami. Itu sebenarnya membantu kita juga,” katanya.

Untuk info, platform Threads sebelum ini menjadi kecoh apabila netizen mendedahkan terdapat beberapa artis yang didakwa sombong apabila bertemu dengan peminat

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement