Skip to main content

Selebriti

Watie Kongsi Ragam Suami & Anak-Anak Tak Tahan Rindu Dengan Akira - “Bapaknya Kalau Oustation Setiap Minit Call, Yang Anak Lelaki Pula…”

Shuib watie

Sekilas

  • Watie Hanifiah berkongsi gelagat suami, Shuib Sepahtu, dan anak-anak yang kini fokus pada bayi perempuan mereka, Akira Juwita.
  • Shuib yang sering outstation tetap kerap menghubungi Watie untuk melihat wajah Akira, manakala anak lelakinya juga rajin video call dari sekolah untuk tengok adik.
  • Watie menegaskan pentingnya membesarkan anak lelaki sebagai persiapan mereka menjadi suami dan ayah bertanggungjawab pada masa depan.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsi ragam suami dan anak-anak selepas lahirnya cahaya mata mereka, Akira Juwita.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie meluahkan rasa terhibur apabila perhatian Shuib dan anak-anak kini banyak tertumpu kepada bayi perempuan mereka itu.

Malah kata Watie, Shuib yang sering keluar bekerja atas urusan luar juga tidak putus-putus menghubunginya hanya untuk melihat wajah Akira.

“Sekarang dua beranak ni kalau cari mummy memanglah tak ada untuk lain, semuanya untuk Akira.

“Bapaknya kalau outstation setiap minit call. Tengok muka Mummy lima saat je selebihnya 5 minit sekali untuk Akira,” kongsinya.

Bukan sahaja suami, Watie turut berkongsi gelagat anak lelakinya yang akan mencari peluang untuk membuat panggilan video dari sekolah semata-mata mahu melihat adik mereka.

“Yang anak laki pulak kalau dekat sekolah bila ada peluang je dia pun video call. Sudah video call, minta gambar pula.

“Tapi nasib lah ada maneh maneh pandai ambil hati cakap i love you dulu dekat mummy,” coretnya.

 

 Dalam pada itu, Watie turut menitipkan pandangan mengenai tanggungjawab membesarkan anak lelaki yang bakal menjadi seorang suami dan ayah pada masa hadapan.

 

“Betul lah orang cakap. Membesarkan anak lelaki ni bukan hanya sekadar membesarkan anak, tapi kamu sedang membesarkan seseorang yang bakal menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab kelak,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April 2026.

Anda mungkin berminat dengan

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

Advertisement