Skip to main content

Hiburan

Penangan Puteri Gunung Ledang The Musical, Ramai ‘Join Trend’ Buat Poster Guna Gambar Sendiri, Macam-Macam Watak Ada!

Astro Gempak 473

Sekilas

  • Pengumuman barisan pelakon penuh Puteri Gunung Ledang The Musical mencetuskan trend gambar suntingan AI watak teater ikonik di media sosial.
  • Beberapa selebriti terkenal turut menyertai trend tersebut dengan menghasilkan poster AI versi mereka sebagai watak dalam pementasan.
  • Pementasan semula ini menampilkan dua pelakon untuk watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan, dijangka menjadi produksi teater paling dinantikan tahun ini.

Pengumuman barisan pelakon penuh Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) terus mencetuskan keterujaan ramai sehingga tular trend gambar suntingan AI bertemakan watak-watak teater ikonik tersebut di media sosial.

Menjengah ke ruangan pelbagai platform media sosial, ramai pengguna dilihat menghasilkan poster AI versi masing-masing sebagai watak dalam Puteri Gunung Ledang.

Malah, trend tersebut turut disertai beberapa selebriti terkenal antaranya Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk Fazley Yaakob, Sharifah Shahirah, Khairy Jamaluddin dan Azad Jazmin.

Rata-rata peminat turut berkongsi hasil suntingan kreatif mereka dengan mengenakan kostum serta elemen klasik ala dunia Puteri Gunung Ledang menggunakan teknologi AI.

Terdahulu, pihak produksi memaklumkan pementasan kali ini tampil dengan sedikit kelainan apabila menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Nama penyanyi Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama untuk watak Puteri Gunung Ledang bersama aktres Mila Mohsin, manakala Aqasha pula sah membawakan watak Hang Tuah.

Sementara itu, penyanyi Mimi Fly dan pelakon Nadiah Aqilah dipilih sebagai pemeran watak Bayan.

Turut diumumkan, Luqman Hafidz bakal memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi antara produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir dua dekad sejak dipentaskan buat kali pertama.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Advertisement