Sekilas
- Pelawak Ajak Shiro berkongsi video lawatan ke rumah pelakon veteran Salih Yaacob yang kini mengalami kesukaran bergerak akibat kaki yang semakin lemah.
- Ajak menjelaskan kehadirannya adalah atas kapasiti peribadi dan hasil perniagaannya, bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau yayasan.
- Beliau berterima kasih kepada pelanggan jenama Bumbu Babah yang menyokong usaha bantuannya kepada mereka yang memerlukan.
Perkongsian video memperlihatkan pelawak Ajak Shiro mengunjungi kediaman pelakon dan penyanyi veteran, Salih Yaacob menarik perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ajak berkongsi keadaan Salih atau mesra disapa sebagai SY atau Abang Jem yang kini mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kakinya semakin lemah.
“Abang Salih mengadu katanya jalan dah tak berapa kuat… dekat-dekat saja. Semoga Allah aturkan perjalanan yang baik buat Abang Salih Yaacob.
“Rezeki, jodoh dan umur itu rahsia Allah… entah bila, siapa dan bagaimana,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ajak menjelaskan kehadirannya bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau yayasan, sebaliknya hadir atas kapasiti peribadi menerusi hasil perniagaannya.
“Ajak datang sebagai sahabat, bukan pertubuhan, bukan juga yayasan .Tapi atas tiket perniagaan. Terima kasih pelanggan Bumbu Babah.
“Selagi anda support jenama Bumbu Babah selagi itulah saya akan bantu mereka yang patut dibantu. Anggaplah ini pemberian daripada anda semua juga,” katanya lagi.
@ajakshiro_ Abg Salih ngadu katanya jalan dah x berapa kuat.. Dekat2 aje..Semoga Allah aturkan perjalanan yg baik buat Abg Salih Yaacob.. Rezeki, jodoh dan umur itu rahsia Allah…Entah bila, siapa dan bagaimana… . Ajak datang sebagai sahabat, bukan pertubuhan, bukan juga yayasan..Tapi atas tiket perniagaan..Terima kasih pelanggan Bumbu Babah..Selagi anda support jenama Bumbu Babah selagi itulah saya akan bantu mereka yg patut dibantu..Anggaplah ini pemberian dari anda semua juga.. . @bumbubabah_hq . #babahziarah #babah #bumbubabah ♬ original sound - Ajak Shiro