Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Adrian Adam Reda Lepaskan Peluang 'Beraksi' Demi Kesihatan - "Nak Cakap Sedih Itu..."

Astrogempak IAN

Sekilas

  • Adrian Adam, anak kedua pelakon Amyza Aznan, menarik diri daripada program Talk To My Manager 2 kerana masalah kesihatan yang semakin serius.
  • Walaupun kecewa, Adrian percaya ada rezeki yang lebih baik menantinya dan keluarganya sentiasa berbincang sebelum membuat keputusan tersebut.
  • Amyza berasa terharu dengan sokongan ramai terhadap Adrian dan menganggap ia sebagai semangat untuk anaknya terus kuat menghadapi ujian kesihatan.

Anak kedua kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mengakui memilih untuk menarik diri daripada program Talk To My Manager 2 (TTMM2) selepas keadaan kesihatannya semakin membimbangkan.

Menurut Adrian atau nama lengkapnya Adrian Adam Khairil Idzhar, meskipun dia terpaksa melepaskan penyertaannya dalam program berkenaan dia tetap percaya bahawa ada rezeki lebih baik yang akan datang kepadanya.

"Pada awal itu kami kurang pasti, tapi bila dah hujung-hujung kami rasa tak yakin dan memilih untuk menarik diri. Semasa mereka tawarkan saya belum tahu lagi (soal kesihatan) tapi dah ada rasa sakit namun selepas beberapa bulan baru dignosis.

"Pada ketika itu saya hanya fikir akan digantikan dengan lebih baik dan digantikan dengan yang lebih sesuai jadi kita terima sahaja. Nak cakap sedih itu tidaklah cuma sedikit terkilan tapi saya percaya pada rezeki ada dekat tempat lain," katanya kepada Gempak.

Sebagai ibu, Amyza mengakui dirinya berasa terharu melihat sokongan ramai terhadap anaknya itu selain menganggap ia sebagai pembakar semangat buat Adrian untuk terus kuat menghadapi ujian kesihatan.


"Perasaan saya terharu, sebab itu ibarat sokongan, semangat untuk dia terus kuat. itu adalah sokongan moral untuk dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Amyza menjelaskan mereka sekeluarga sentiasa berbincang bersama sebelum membuat sebarang keputusan termasuklah mengenai penyertaan Adrian dalam program tersebut.

Menurut Amyza, keputusan untuk menarik diri bukanlah sesuatu yang mudah kerana Adrian ketika itu sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.

"Saya sejak mereka kecil apa sahaja keputusan yang dibuat kami akan bertukar pendapat terlebih dahulu. Walaupun dia masik kanak-kanak kami akan berbincang sehingga ke saat ini bukan dia dengar cakap mak sahaja.

"Sebenarnya takut juga sebab sepatutnya dia masuk tapi bila keadaan kesihatan dia tak mengizinkan bila dah hujung-hujung terpaksa tarik diri. Rasa bersalah dengan pihak produksi kerana perlu cari pengganti tapi itu kita cuba juga tanya dia.

"Kita tanya juga boleh atau tidak tapi tak boleh juga sebab dia tak boleh berjalan. Sebab dia tidak buat apa-apa rawatan jadi kita tak boleh bayangkan keadaan dia pada masa akan datang. Jadi kita akur dengan keputusan dia untuk tarik diri walaupun kita tahu perkara itu mungkin menyusahkan pihak produksi.

"Perasaan saya sejujurnya ia bercampur baur, sepatutnya perancangan kalau dia masuk dia nak berduet dengan abang dia jadi bila lihat dia di atas pentas saya tahu dia bawa semangat abang dia, itu yang menjadikan dia kuat dan dia sampaikan dengan baik," tambahnya.

Sekadar info, Adrian difahamkan bakal menjadi salah seorang bintang Talk To My Manager 2 bersama Amyza namun terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatannya.

Adrian tampil dalam satu segmen khas dan mempersembahkan lagu Ku Mohon, nyanyian asal Datuk Sheila Majid.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement