Sekilas
- Pelakon Amar Baharin berkongsi rasa terkilan kerana tidak dapat melakukan amalan sunat seperti tidak bercukur sebelum ibadah korban akibat tuntutan kerja penggambaran.
- Amar perlu mengekalkan penampilan 'clean shave look' sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah demi penggambaran yang sedang dijalankan.
- Dia berharap ibadah korban yang dilakukan tahun ini diterima oleh Allah SWT walaupun tidak dapat mengikuti amalan sunat sepenuhnya.
Pelakon, Amar Baharin meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat melakukan amalan sunat sebelum melaksanakan ibadah korban dengan sempurna kerana tuntutan kerja.
Menerusi Threads, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini memaklumkan bahawa amalan sunat seperti tidak boleh bercukur tidak dapat dibuat kerana dia perlu mengekalkan penampilan ‘clean shave look’ sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah kerana sedang menjalani penggambaran.
“Aku rasa terkilan… aku akan buat korban… tapi aku sekarang tengah shooting.
“Terpaksa kekalkan ‘clean shaven look’ sepanjang 10 awal Zulhijjah. Makruh potong kuku, buang bulu-bulu,” luahnya.
Di akhir perkongsian, pemilik nama Amar Mohd Baharin ini berharap ibadah korban yang dilakukannya pada tahun ini diterima Allah SWT.
“Mudah-mudahan Allah terima ibadah korban aku,” tulisnya lagi.
Sekadar info, umat Islam yang berniat melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong kuku serta mencukur segala bulu dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga haiwan korban disembelih.
Sumber: Threads