Skip to main content

Hiburan

Viviana Kongsi Detik Hitam Zaman Sekolah, Dakwa Diri Pernah Jadi Mangsa Buli - “Tangan Dipegang, Kaki Pun Diikat…”

ASTROGEMPAK Viviana

Sekilas

  • Viviana, anak penyanyi dangdut Ani Mayuni, mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli fizikal dan kata-kata kesat oleh pelajar senior ketika di sekolah.
  • Dia berkongsi pengalaman dianiaya seperti tangan dipegang, kaki diikat, dan rambut ditarik oleh seorang pelajar tingkatan lima yang melihatnya dalam keadaan lemah.
  • Ani Mayuni turut terharu dan marah mendengar kisah anaknya, menyatakan rasa ingin menegur pelaku buli tersebut.

Anak kepada penyanyi dangdut Ani Mayuni iaitu Viviana mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahannya. 

 

Menerusi perkongsian di audio siar Kita-Kita Aje, Viviana atau Wirda Viviana Zairi, 21, mengimbas kembali detik hitam dalam hidupnya ketika dia dibuli oleh pelajar senior.

 

“Saya ingat sampai sekarang, ada seorang kakak ni (senior sekolah) dia tarik saya. Budak tingkatan empat bergaduh dengan budak tingkatan lima. 

 

“Dia seorang saja yang datang dekat saya dan tarik terus sebab dia nampak saya dalam keadaan lemah,” kongsinya. 

 

Peserta program Talk To My Manager musim kedua itu turut mendakwa pelajar senior berkenaan melakukan pelbagai kekerasan dari segi fizikal, selain turut dihamburkan dengan kata-kata kesat.

 

“Tangan saya masih dipegang seperti dalam keadaan salib dan kaki pun diikat. Tak cukup dengan itu, selepas itu dia tarik rambut saya.

 

“Dia kata, ‘Bangunlah bodoh! Kau tak payah nak buat-buat lemah, kau lari kuat pula’,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, Ani dilihat tidak mampu menahan air mata ketika mendengar kisah kekejaman yang berlaku kepada anak sulungnya itu.

 

“Dia cerita macam tu dekat saya. Saya geram, saya rasa nak jumpa setiap budak-budak nak tampar seorang-seorang,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement