Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Fazley Yaakob Mohon Beri Sokongan, Berhenti Hancurkan Semangat Peserta - “Cubalah Tahan Diri Dari Mengutuk & Mengeji…”

ASTROGEMPAK Fazley

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob mengajak semua untuk memberi sokongan dan mengelak daripada mengutuk peserta Talk To My Manager 2 secara berlebihan.
  • Fazley menegaskan kritikan membina dialu-alukan, tetapi jangan sampai mematahkan semangat peserta yang sedang bertanding.
  • Beliau juga mengingatkan penonton bahawa mereka bebas memilih untuk menonton atau tidak, dan jangan sengaja mencari bahan untuk mengkritik program tersebut.

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengajak semua orang untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta yang masih bertanding dalam Talk To My Manager 2. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berkata tiada salah untuk memberi kritikan membina namun tidak berlebihan sehingga mematahkan semangat mereka. 

 

“Guys… mewaliki keluarga TTMM2, mari kita sama-sama sokong anak-anak yang sedang bertanding. Cubalah tahan diri dari mengutuk dan mengeji. 

 

“Kritikan membina berbakul-bakul pun tak apa, tapi yang menghancurkan semangat budak-budak tu, mohon dihentikan,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fazley turut memberitahu masing-masing mempunyai pilihan untuk menonton atau tidak program tersebut. 

 

“Tak suka jangan tengok, tapi kalau tetap nak tengok, jangan pula sengaja cari bahan nak kutuk. Korang pergi makan kedai popular pun belum tentu semua orang kata makanan dia sedap 100 peratus.

 

“Tapi korang tetap makan kan? Dah makan, tak suka, tak payah datang balik. Jangan condemn,” ujarnya lagi. 

 

Untuk info, anak Fazley iaitu Fariedz Fazley tersingkir di minggu keempat Talk To My Manager musim kedua (TTMM2). 

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY 30CM Maifan Stone Casserole Induction Double Flavor Divider Hot Pot Steamboat Bowl Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY 30CM Maifan Stone Casserole Induction Double Flavor Divider Hot Pot Steamboat Bowl Pan Cookware PERIUK

Mee Seram Berapi Kari by SN FOOD

Mee Seram Berapi Kari by SN FOOD

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

kipas berdiri Stand Fan Air Circulation fan three-speed air volume adjustment Strong Wind kipas murah

kipas berdiri Stand Fan Air Circulation fan three-speed air volume adjustment Strong Wind kipas murah

DESSINI ITALY iNM-24 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (24cm)

DESSINI ITALY iNM-24 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (24cm)

Advertisement