Skip to main content

Selebriti

Khadijah Ibrahim Tak Sangka Cucu Saudara Masuk TTMM2, Akui Kim Khairii Ada Pekej Lengkap - “Suara Ala Boyz II Men, Tapi Dia Harus…”

Khadijah Ibrahim kim khairii

Sekilas

  • Datuk Khadijah Ibrahim terkejut apabila cucu saudaranya, Kim Khairii, menyertai program Talk To My Manager 2 dan memohon untuk berduet dengannya, namun terpaksa menolak kerana jadual persembahan yang padat.
  • Khadijah memuji keperibadian dan bakat Kim yang mempunyai pakej lengkap dan suara merdu, walaupun masih perlu latihan lebih untuk memperbaiki teknik nyanyian.
  • Khadijah juga terlibat dalam konsert ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang akan berlangsung pada 6 Jun 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS, menampilkan beberapa penyanyi veteran dan gubahan khas oleh komposer terkenal.

Penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim, 66, akui tidak menyangka cucu saudaranya iaitu Kim Khairii menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Khadijah atau lebih mesra disapa sebagai Ibu Khaty, dia mengetahui tentang perkara itu selepas Kim, 26, menghubunginya dan membuat permintaan untuk duet bersama.

Namun kata Khadijah, dia tidak dapat menunaikan permintaan Kim kerana terikat dengan jadual persembahan.

“Sejujurnya saya sendiri pun tidak tahu dia berada dalam pertandingan itu, sehinggalah suatu hari, saya ada persembahan menyanyi dan dia hubungi untuk bertanya sama ada boleh nyanyi bersamanya.

“Tapi saya terpaksa tolak sebab ada persembahan pada ketika itu, waktu juga tidak boleh nak elak langsung.

Khadijah berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media konsert ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang berlangsung baru-baru ini.

Berkongsi mengenai keperibadian Kim, Khadijah berkata cucu kesayangannya itu merupakan seorang pemuda yang baik budi pekerti.

Malah kata Khadijah, hubungan mereka berdua juga sangat rapat walaupun Hairee dan Safura sudah lama bercerai.

“Cucu saya itu memang budak yang baik, sama seperti kedua ibu bapanya iaitu Safura dan Hairee, merendah diri orangnya.

“Hubungan kami berdua sangat rapat, dulu saya pernah lihat dia bermain gitar di YouTube, saya ingatkan Kim hanya sekadar bermain muzik sahaja.

“Saya tak sangka sampai ke tahap masuk televisyen, pada saya sangat okay dan dia mencuba yang terbaik.

“Menangis saya bila dapat tahu dia boleh menyanyi, saya kata… Ya Allah, cucu saya ni, sebab Kim memang lebih rapat dengan saya daripada bersama neneknya, Allahyarham Sophia Ibrahim.

“Dia sangat-sangat rapat dengan saya kerana anak-anak Hairee yang lain memang saya jaga,” jelasnya.

Mengulas mengenai bakat Kim, Khadijah tidak menafikan bahawa cucu saudaranya itu mempunyai pekej yang lengkap dan bersuara merdu.

“Dia ada pakej yang lengkap tetapi saya harus berterus terang, pakej dah ada tetapi dia kena lakukan latihan lebih banyak lagi.

“Dari segi pernafasan dia, falsetto dia, semuanya saya tengok. Tetapi kalau menyanyi, suaranya memang merdu, macam ala-ala group vokal Boyz II Men.

“Tetapi untuk bernada tinggi itu saya rasa dia sedikit sukar. Kalau saya sempat tonton persembahannya, saya akan tulis apa kesilapan yang harus Kim perbaiki dan beritahu dia,” ujarnya.

Untuk info, Kim atau nama sebenarnya Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi merupakan anak lelaki kepada anak saudaranya, penyanyi Hairee Kool dan bekas isteri, Safura Yaacob.

Dalam perkembangan lain, Khadijah terlibat dengan konsert istimewa, ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang bakal berlangsung pada Jun depan.

Selain Khadijah, konsert ini juga menampilkan penyanyi veteran Salamiah Hassan serta penyanyi, Asmidar dan Shiha Zikir.

Kesemua lagu diberi gubahan khas untuk MPO oleh sentuhan emas Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Lugman Aziz dan Ahmad Muriz sendiri, membolehkan penonton menikmati legasi ini dalam interpretasi yang belum pernah didengari sebelum ini.

Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026, jam 8.00 malam bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement