Skip to main content

Hiburan

“Macam Nak Bawa Balik Rumah” – Karamjit Singh Sebak Lihat Semula Proton PERT

Astro Gempak 450

Sekilas

  • Karamjit Singh sebak melihat kembali jentera ikonik Proton PERT selepas lebih 20 tahun tidak berjumpa, mengimbau kenangan manis sepanjang kariernya sebagai juara dunia rali.
  • Beliau meluahkan kerinduan terhadap pasukan Proton PERT dan berharap EON dapat menghidupkan semula pasukan tersebut.
  • Filem TERBANG yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit akan ditayangkan tahun ini, menampilkan pelakon popular dan diarahkan oleh Chiu Keng Guan.

Pelumba rali legenda negara, Karamjit Singh mengakui sebak apabila kembali melihat jentera ikonik Proton PERT yang dipamerkan semula sempena acara EON Auto Fest baru-baru ini.

Menurut Karamjit, sudah lebih dua dekad dia tidak melihat kereta tersebut secara dekat sehingga mengundang rasa rindu terhadap pelbagai kenangan manis sepanjang kariernya.

“Sebelum ini rasanya sudah hampir 20 tahun saya tak tengok kereta itu.

“Perasaan bila tengok balik tadi macam nak bawa balik rumah. Macam nak simpan dan tak nak bagi orang lain ambil,” katanya.

Tambah juara dunia rali itu, Proton PERT menyimpan terlalu banyak memori indah termasuk kejayaan mengharumkan nama negara di pentas dunia.

“Banyak kenangan manis dengan kereta ini. Masa itulah kita jadi juara dunia.

“Itulah yang saya nak bawa balik. Rasa macam tak nak bagi orang lain ambil kereta ini,” ujarnya.

Mengimbau kembali detik pertama memandu jentera tersebut, Karamjit berkata pengalaman itu berlaku sekitar tahun 2001.

“Saya rasa tahun 2001. Dah 23 tahun sejak pertama kali saya memandu kereta itu,” katanya.

Dalam masa sama, Karamjit turut meluahkan kerinduan terhadap pasukan Proton PERT yang pernah bersamanya suatu ketika dahulu.

“Saya rindu pasukan saya. Mekanik, jurutera dan pengurus pasukan dulu, saya rindu mereka semua.

“Saya harap kita masih boleh bersatu semula dan pasukan ini dapat diwujudkan kembali. Harapnya EON boleh mulakan semula pasukan Proton PERT ini,” katanya.

Untuk rekod, TERBANG merupakan filem yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit Singh sebagai juara dunia pelumba rali negara.

Filem tersebut diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang sebelum ini terkenal menerusi karya pecah panggung seperti The Journey dan OlaBola.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut termasuk Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space.

Filem aksi rali tersebut dijangka menemui penonton di pawagam pada tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Advertisement