Sekilas
- Amar Baharin berkongsi tentang pentingnya penghargaan kecil dalam rumah tangga yang sering dianggap remeh oleh suami.
- Bagi isteri, perkara kecil seperti belikan kek atau layan sembang boleh membuat mereka rasa sangat disayangi dan dihargai.
- Amar menegaskan bahawa isteri cuma mahu rasa dilihat dan dihargai oleh suami, yang mendorong suami untuk menjadi lebih baik setiap hari.
Perkongsian pelakon Amar Baharin di Threads mengenai penghargaan kecil dalam rumah tangga meraih perhatian wargamaya.
Menurut Amar, perkara yang dianggap kecil oleh seorang suami sebenarnya mampu memberi makna besar buat seorang isteri.
“Kadang-kadang aku rasa effort aku tu biasa-biasa saja. Belikan kek, dengar cerita dia, balik rumah awal, layan sembang.
“Tapi bagi seorang isteri, benda kecil tu boleh buat dia rasa paling disayangi di dunia. Perempuan ni bukan minta kesempurnaan. Bukan nak kemewahan setiap masa,” kongsinya.
Dalam pada itu, Amar berkata kebanyakan isteri hanya mahu dihargai dan disayangi oleh pasangan mereka.
“Kadang-kadang dia cuma nak rasa ‘suami aku masih nampak aku, masih hargai aku.’
“Dan bila seorang isteri menghargai benda kecil yang kita buat, itu yang buat kita nak jadi lebih baik setiap hari dengan izin Allah,” katanya.