Skip to main content

Selebriti

Amir Raja Lawak Tak Kisah Jual Besi Buruk, Tegur Sikap Suka Minta Bantuan Tanpa Usaha - “Tak Kan Malu Cari Rezeki Cara Macam Ni Tapi Tak Segan Inbox Orang…”

Amir Raja Lawak jual besi

Sekilas

  • Pelawak Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang suka minta bantuan tanpa usaha mencari rezeki terlebih dahulu.
  • Amir berkongsi pengalamannya menjual barangan terpakai di pusat besi buruk untuk dapatkan pendapatan sampingan.
  • Beliau menegaskan tidak salah berusaha walaupun melalui kerja kecil dan mengajak orang ramai jangan malu cari rezeki sendiri.

Pelawak, Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang gemar meminta bantuan atau sumbangan tanpa berusaha untuk mencari rezeki terlebih dahulu.

Amir menerusi hantaran di Instagram berpendapat, mereka seharusnya berusaha terlebih dahulu dengan melakukan kerja-kerja yang mampu mendatangkan pendapatan walaupun kecil.

Malah, Amir juga berkongsi pengalaman dirinya yang tidak malu untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjual barangan terpakai di pusat besi buruk sehingga memperoleh wang hasil titik peluh sendiri.

“Cari duit tepi, jual barang dekat besi buruk, alhamdulillah dapat rm18.

“Yang duk inbox mintak sumbangan nak beli susu anak, laki tak boleh pergi kerja sebab motor rosak tu tak cuba ke kutip tin, kutip kotak, cari besi untuk jual?

“Jalan kaki pun boleh, bawak kereta sorong ke. Tak kan lah malu cari rezeki cara macam ni, tapi tak segan inbox orang lain mintak sumbangan nak beli susu anak sebab laki tak boleh pergi kerja motor rosak,” katanya.

Bagaimanapun, Amir mengakui setiap individu mempunyai ujian dan kesusahan berbeza, namun mereka tidak seharusnya malu mencari rezeki walaupun melalui pekerjaan yang kecil.

“Ya betul struggle kita tak sama, tapi selagi ada daya, tak salah kan usaha?

“Saya yang orang kenal ni pun niaga air jagung tepi jalan juga,” luahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Topik Berkaitan

Advertisement