Sekilas
- Datin Seri Shahida berkongsi ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun ke-18 anak sulungnya, Ammar Ahyan, di Threads.
- Dia meluahkan rasa risau sebagai ibu apabila anak semakin dewasa, namun yakin Ammar tidak akan melupakan ibu bapa.
- Shahida berharap Ammar menjadi insan berjaya, soleh, dan abang yang penyayang sambil menjaga nama baik keluarga.
Usahawan Datin Seri Shahida menitipkan ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ammar Ahyan yang kini genap berusia 18 tahun.
Menerusi perkongsian di Threads, Shahida mengakui sebagai seorang ibu dia tidak terlepas daripada perasaan risau apabila anak-anak semakin meningkat dewasa.
“Mak-mak ni kan kadang dia terlalu overthinking. Yelah risau anak dah besar nanti dia dah tak pedulikan kita lagi.
“Tapi mama percaya Ammar bukan jenis yang lupakan Mama dan Abah dia,” tulisnya.
Menurut isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu, dia tidak mengharapkan apa-apa selain melihat anak sulungnya membesar menjadi insan yang berjaya serta soleh.
“Hari ini hari jadi Ammar Ahyan yang ke-18 tahun. Dah remaja dah anak sulung mama dengan abah ni.
“Tak nak minta apa pun, cuma nakkan dia berjaya, taat dan menjadi anak yang soleh.
“Jaga nama baik keluarga dan boleh membimbing adik-adik nanti. Semoga terus menjadi abang yang penyayang,” katanya.

Dalam hantaran sama, Shahida turut berkongsi sebuah video kompilasi yang memaparkan momen Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammayan bermula sejak kecil sehingga kini.
Sumber: Threads