Skip to main content

Foodies Life

Trend Matcha, Pistachio Dalam Makanan Makin Menjadi-Jadi, Ini Pandangan Fazley Yaakob - “Nak Kreatif Tak Salah, Tapi…”

Fazley pistachio

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangan tentang trend penggunaan perisa matcha dan pistachio yang semakin popular dalam pelbagai hidangan makanan kini.
  • Fazley menegaskan eksperimen dengan perisa ini boleh dilakukan, tetapi perlu sesuai dengan jenis hidangan supaya rasa dan identiti makanan tidak terjejas.
  • Perkongsian Fazley mendapat sokongan netizen yang setuju bahawa sesetengah peniaga lebih fokus pada elemen tular daripada rasa sebenar makanan.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan pandangannya berhubung trend penggunaan perisa matcha dan pistachio yang semakin popular dalam pelbagai hidangan makanan sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley menyifatkan sesetengah menu yang dihasilkan kini seolah-olah dipaksa untuk kelihatan menarik tanpa mengambil kira rasa yang bersesuaian.

Menurut Fazley, tidak salah untuk bereksperimen dengan bahan-bahan tersebut, namun penggunaannya perlu bersesuaian dengan jenis hidangan agar tidak menjejaskan rasa dan identiti makanan itu sendiri.

“Guys, nak tambah matcha and pistachio flavour tu boleh je in your food. Tapi biarlah yang sesuai!

“Tiba-tiba ada ikan keli kena mandi dengan sos hijau, ada daging salai kena salut dengan krim hijau, ada pulak ayam goreng kena siram dengan cat hijau.

“Nak kreatif tak salah, tapi kenalah buat research juga. Dulu sibuk dengan trend ‘mak kau hijau’, takkan sekarang ni korang nak start ‘tepek semua benda hijau?’ too much ni,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Fazley.

Malah, ada juga yang berpendapat sesetengah peniaga kini lebih mementingkan elemen tular berbanding rasa sebenar sesuatu hidangan.

Terdahulu, trend makanan berasaskan matcha dan pistachio menjadi topik bualan hangat dalam kalangan penggemar makanan dengan pelbagai restoran dan peniaga tampil menghasilkan menu unik berinspirasikan kedua-dua perisa tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Must Watch Video

Advertisement