Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan tunjuk ajar teknik nyanyian lagu Nirmala kepada Azeva bagi persiapan separuh akhir Talk To My Manager Musim Kedua.
- Video perkongsian penerbit Datuk A. Aida di TikTok menunjukkan sesi pembelajaran tersebut menarik perhatian ramai netizen.
- Peminat teruja melihat peluang Azeva belajar terus daripada pemilik asal lagu dan tidak sabar menantikan persembahannya di separuh akhir.
Perkongsian video penerbit Datuk A. Aida yang memaparkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan tunjuk ajar kepada bintang Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2), Azeva mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti dilihat berkongsi teknik nyanyian di bahagian Qasidah bagi membantu Azeva yang bakal mempersembahkan lagu popularnya, Nirmala pada peringkat separuh akhir TTMM2.
@dato.a.aida belajar teknik menyanyi lagu Nirmala @Siti Nurhaliza pun @Azeva ♬ original sound - a.aida
“Belajar teknik menyanyi lagu Nirmala dengan Siti Nurhaliza pun Azeva masih dengan perangai macam buat live,” tulis A. Aida pada kapsyen hantaran tersebut.
Momen tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya teruja melihat peluang diberikan kepada Azeva untuk belajar secara langsung daripada pemilik asal lagu berkenaan.
“Perghhh Datuk A. Aida bawa jumpa TokTi terus tu. Memang berfungsi betul pengurus ada duit ni,” tulis seorang netizen.
“All the best Azeva. Tak sabarnya nak tunggu esok,” komen seorang lagi pengguna media sosial.
“Hebatlah networking manager ni. Sampai ke pemilik lagu dia pergi tuntut ilmu,” katanya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang tidak sabar menantikan persembahan Azeva pada minggu separuh akhir program berkenaan.