Skip to main content

Selebriti

“Terima Kasih Pada Semua Yang Ambil Berat” - Bella Astillah

Bella respon isu tular

Sekilas

  • Bella Astillah memberi respon ringkas mengenai video tular kejutan hari lahir ibunya dan isu pakaian yang mendapat pelbagai reaksi warganet.
  • Dia mengucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat dan berjanji akan memperbaiki diri serta lebih berhati-hati pada masa akan datang.
  • Bella juga menghargai pandangan pelawak Harith Iskander dan menganggap isu tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya.

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil memberikan respon  berhubung video tular sempena kejutan hari lahir ibunya dan juga isu pakaian yang digayakan di sebuah program telah dihujani dengan pelbagai reaksi warganet.

Tidak mahu mengulas panjang, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat mengenai perkata itu.

Menurut Bella, dia akan memperbaiki apa yang kurang dan lebih berhati-hati selepas ini.

“Apa-apa sahaja yang terjadi, sudah pun terjadi.

“Jadi kita teruskan saja dan buat yang lebih baik di masa akan datang. Terima kasih semua sebab ambil berat,” katanya.

Bella berkata demikian ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan di Konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Ahad.

Sementara itu, ketika disoal tentang imej, Bella berkata dia menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri.

Selain itu, Bella juga turut menghargai pendapat yang disuarakan oleh pelawak Harith Iskander, susulan isu tersebut turut mendapat perhatiannya.

“Sebenarnya saya ada tengok video itu. Terima kasih kepada Harith Iskander.

“Saya tak kenal dia secara peribadi tetapi seperti yang dikatakan perkara ini pun sudah lepas, jadi bila diungkapkan semula, rasa seperti mengorek balik cerita itu.

“Insya-Allah, saya akan perbaiki apa yang patut selepas ini,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement