Skip to main content

Hollywood

Penyanyi Oliver Tree Maut Pada Usia 32, Kemalangan Helikopter

Astro Gempak oliver

Sekilas

  • Penyanyi terkenal Oliver Tree meninggal dunia pada usia 32 tahun selepas terlibat dalam kemalangan helikopter di Rio de Janeiro, Brazil.
  • Kemalangan tersebut melibatkan pertembungan dua helikopter yang turut meragut nyawa lima individu lain termasuk pempengaruh Argentina, Gaspar Prim Diaz.
  • Oliver Tree berada di Brazil untuk konsert jelajah dunia dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai punca kemalangan.

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita duka apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Life Goes On dan Miss You, Oliver Tree dilaporkan meninggal dunia.

Tree meninggal dunia pada usia 32 tahun selepas terlibat dalam kemalangan helikopter  pada pagi Ahad di Brazil, lapor AFP.

Pemuzik Amerika Syarikat itu maut selepas dua helikopter bertembung di Rio de Janeiro. Kemalangan tersebut turut menyebabkan lima individu lain meninggal dunia. Salah sebuah helikopter tersebut kemudian terhempas di kawasan penjualan kereta yang menyebabkan sebahagian kenderaan yang dijual terbakar.

Selain Tree, media tempatan mendakwa seorang pempengaruh dari Argentina, Gaspar Prim Diaz yang dikenali sebagai Gaspi turut maut dalam kemalangan sama. Gaspi baru berusia 23 tahun dan memiliki 2.8 juta pengikut di YouTube.

Tree berada di Brazil sempena konsert jelajah dunia. Sebelum situ, penyanyi yang juga merupakan seorang pelawak itu sempat beraksi di Buenos Aires, Argentina pada 4 Jun. Malah sehari sebelum kemalangan berlaku, dia yang terkenal dengan konsep persembahan satira itu berkongsi video dirinya bermain bola sepak bersama penduduk di sebuah kejiranan di Brazil.

Setakat ini pihak berkuasa masih menjalankan siasatan termasuk menyiasat punca kemalangan berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement