Skip to main content

Hiburan

Aghniny Haque Terkehel Buku Lali Gara-Gara…

Aghniny Haque

Sekilas

  • Pelakon Indonesia, Aghniny Haque, mengalami kecederaan ringan pada buku lalinya akibat terlalu bersemangat mempromosikan filem terbaharunya, Khadam, di Kuala Lumpur.
  • Beliau berkongsi foto buku lali yang bengkak di Threads dan mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menyokong filem tersebut.
  • Filem Khadam turut menampilkan pelakon terkenal seperti Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim.

Pelakon Indonesia, Aghniny Haque menyorot perhatian apabila memaklumkan dia mengalami kecederaan ringan pada bahagian buku lalinya.

Menerusi Threads, Aghniny berkata, kecederaan tersebut mungkin berlaku kerana dia begitu bersemangat mempromosikan filem terbaharu lakonannya yang berjudul Khadam di ibu kota.

“Guys, buku lali saha terpeliat pula sebab gigih sangat join promo Khadam di Kuala Lumpur,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon filem Pemandi Jenazah ini turut memuat naik foto buku lalinya yang kelihatan sedikit bengkak.

Sementara itu, Aghniny turut menzahirkan penghargaan buat semua penonton yang memberikan sokongan terhadap filem terbaharu lakonannya itu.

“Terima kasih tau sebab buat I rasa terpaling semangat, kalau suruh buat dua kali pun I sanggup,” kongsinya lagi.

Selain Aghniny, filem Khadam turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement