Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Anggrek Tampil Hebat Dengan Niskala Suaka, Juri Beri ‘Standing Ovation’ - “Kita Dah Jumpa Junior Mimi Fly!”

Anggrek Mimi Fly

Sekilas

  • Anggrek, peserta termuda TTMM2, berjaya memukau juri dengan persembahan lagu Niskala Suaka dan menerima standing ovation daripada Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah Ibrahim, dan Jaclyn Victor.
  • AC Mizal memuji keyakinan dan ekspresi Anggrek, menyifatkannya sebagai 'junior Mimi Fly' dan percaya Anggrek akan berjaya dalam bidang hiburan.
  • TTMM2 menampilkan pelbagai pasangan pengurus-artis terkenal dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Bintang paling muda program Talk To My Manager 2 (TTMM2) iaitu Anggrek berjaya mencuri perhatian juri menerusi persembahannya di minggu keempat apabila tampil memukau dengan lagu Niskala Suaka nyanyian asal kumpulan K.O.I.

Pada malam tersebut, Anggrek bukan sahaja menerima pujian daripada penonton, malah mendapat ‘standing ovation’ daripada ketiga-tiga juri iaitu Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah Ibrahim serta juri jemputan, Jaclyn Victor.

Malah, AC Mizal juga menyifatkan Anggrek sebagai ‘junior Mimi Fly’.

Menurut AC, aura dan keyakinan yang dimiliki Anggrek menjadi kekuatan utama meskipun sedang bersaing dengan peserta yang lebih berusia.

“Malam ini terbukti kita telah jumpa junior Mimi Fly, satu perkara tentang awak adalah, awak tengah berlawan dengan orang-orang berumur jauh lebih dewasa.

“Tetapi awak punya keyakinan memang nombor satu. Itu tidak boleh dipertikaikan, kalau saya yang sedang besar seperti awak ini tak tahu apa nak buat dekat atas itu,” katanya.

AC Mizal berkata demikian ketika memberikan komen mengenai persembahan Anggrek di konsert keempat TTMM yang berlangsung pada Ahad.

Dalam pada itu, AC juga memuji ekspresi wajah dan cara Anggrek membawakan lagu tersebut sehingga berjaya memberi impak kepada keseluruhan persembahan.

“Persembahan itu didatangi dengan kualiti ekspresi wajah yang bagus, saya beri standing ovation kerana persembahan begitu mantap.

“Anggrek, awak akan menjadi seseorang dalam bidang hiburan ini kelak, saya percaya itu,” ujarnya.

Minggu keempat TTMM2 menyaksikan Datuk Fazley & Fariedz Fazley menjadi pasangan kedua meninggalkan pentas tersebut.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Datuk Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Datuk Seri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Jaclyn Victor selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

Advertisement