Skip to main content

Berita Tempatan

Momen Sayu Anak-Anak Tomok & Lisa Surihani Menangis Di Lapangan Terbang Undang Sebak Netizen

Astro Gempak tomok haji

Sekilas

  • Lisa Surihani dan Tomok selamat berlepas ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji bersama Irkaz Travel & Tours musim 1447H/2026M.
  • Momen perpisahan dengan keluarga, terutama anak sulung Tomok yang menitiskan air mata, mengundang sebak ramai netizen.
  • Irkaz Travel & Tours diberi kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji dan memulakan operasi Irkaz Gourmet Central Kitchen di Mekah untuk keselesaan jemaah.

Lisa Surihani dan Tomok selamat berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji musim 1447H/2026M bersama Irkaz Travel & Tours baru-baru ini.

Di sebalik suasana tenang dan senyuman para jemaah di lapangan terbang, terselit juga momen penuh emosi apabila terpaksa meninggalkan keluarga demi menyahut panggilan sebagai tetamu Allah.

Menurut Lisa, perkara paling berat sepanjang perjalanan tersebut adalah meninggalkan insan tersayang di tanah air.

“Pengorbanan paling besar yang saya rasa paling dirasai adalah meninggalkan suami, anak-anak dan mak,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram rasmi Irkaz Travel.

 

 

Perkongsian itu turut memaparkan anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid yang tidak dapat menahan air mata ketika menghantar kedua ibu bapanya ke lapangan terbang.

Momen tersebut mengundang sebak ramai netizen yang memahami perasaan berjauhan dengan keluarga dalam tempoh panjang sepanjang musim haji.

Dalam masa sama, tahun ini turut menjadi detik bermakna buat Irkaz Travel & Tours apabila diberi kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji.

Menurut pihak pengurusan, amanah tersebut diterima dengan penuh rasa syukur selain komited memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah sentiasa menjadi keutamaan.

Tahun ini juga menyaksikan Irkaz Gourmet melalui Irkaz Gourmet Central Kitchen di Mekah memulakan operasi buat pertama kali bagi menyediakan makanan khas untuk para jemaah di Aziziyah.

Menurut pihak pengurusan lagi, usaha tersebut dilakukan bagi memastikan para jemaah berasa lebih selesa sepanjang berada di Tanah Suci.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan para jemaah bukan sahaja mendapat perkhidmatan terbaik, malah merasai ketenangan dan sokongan sepanjang melaksanakan ibadah Haji.

“Kami berharap seluruh perjalanan ini dipermudahkan dan dikurniakan Haji yang mabrur buat semua jemaah,” katanya.

Irkaz Travel & Tours turut menitipkan doa agar semua jemaah diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan ibadah sepanjang berada di Mekah.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Fashion Bra Adjustable Full-Cup Bra Ladies Underwear Thin Style Receiving Breasts Big Breasts Look Small Slimmer Look Prevent

Fashion Bra Adjustable Full-Cup Bra Ladies Underwear Thin Style Receiving Breasts Big Breasts Look Small Slimmer Look Prevent

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Advertisement