Skip to main content

Selebriti

ASIA 2026 Kini Kembali, Himpun Lebih 100 Pempengaruh Dari 20 Negara, Bantu Promosi Malaysia Ke Mata Dunia

Bakar isteri

Sekilas

  • All Star Influencers Award (ASIA) 2026 akan menghimpunkan lebih 100 pempengaruh dari lebih 20 negara dalam kempen pelancongan digital merentasi Malaysia selama tujuh bulan.
  • ASIA2026 bertujuan mengukuhkan Malaysia sebagai hab pelancongan dan industri kreatif digital dengan menghubungkan dunia digital, pelancongan, budaya dan komuniti kreatif antarabangsa.
  • Delegasi pempengaruh akan melawat negeri-negeri terpilih seperti Johor, Terengganu, Sabah dan Melaka, dengan malam kemuncak acara dijadualkan pada November 2026.

All Star Influencers Award (ASIA) kembali untuk edisi 2026 dengan skala lebih besar apabila menghimpunkan lebih 100 pempengaruh dari lebih 20 negara dalam sebuah gerakan promosi pelancongan digital merentasi Malaysia selama tujuh bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran kali ini membawa misi lebih besar dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan dan industri kreatif digital di rantau Asia menerusi All Star Influencer Award (ASIA).

Menurutnya, ASIA2026 bukan lagi sekadar sebuah malam anugerah tahunan, sebaliknya menjadi platform global yang menghubungkan industri pelancongan, kandungan digital, budaya dan komuniti kreatif antarabangsa.

“ASIA2026 hadir dengan visi yang jauh lebih besar dan lebih menyeluruh. Kami mahu menjadikan platform ini sebagai jambatan yang menghubungkan dunia digital dengan sektor pelancongan secara lebih efektif dan berimpak tinggi.

“Pengaruh media sosial hari ini memainkan peranan sangat besar dalam menentukan trend pelancongan global. Apa yang dipaparkan oleh pencipta kandungan mampu memberi inspirasi kepada jutaan orang untuk mengenali sesebuah negara, budaya dan destinasi baharu.

“Atas sebab itu, kami menghimpunkan lebih 100 pempengaruh dari pelbagai negara bagi memastikan Malaysia menerima liputan organik yang meluas sepanjang program berlangsung,"katanya.

Dalam masa sama, Rahman turut berkata bahawa  pihaknya turut meletakkan garis panduan di mana sebagai negara islam peserta dilarang membuat kandungan yang menyentuh isu perkauman, agama dan komuniti LGBT.

Sepanjang tempoh tujuh bulan pelaksanaan, delegasi pempengaruh lokal dan antarabangsa akan menjelajah ke negeri-negeri terpilih antaranya Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Melaka.

Sementara itu, malam kemuncak All Star Influencers Award (ASIA) 2026 dijadual berlangsung sekitar November 2026.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement