Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Aisha Retno Enggan Ambil Kredit, Yakin Anggrek Mampu Pergi Jauh Dalam Industri

Astrogempak Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno menegaskan kejayaan peserta duetnya adalah rezeki dan ketentuan Allah, bukan kerana dirinya.
  • Beliau memuji bakat semula jadi peserta Talk To My Manager 2, Anggrek, dan percaya dia hanya perlukan sedikit bimbingan untuk terus maju.
  • Aisha memberi semangat kepada Anggrek bahawa menang atau kalah bukan penentu utama, kerana peluang kerjaya yang luas menanti di masa depan.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno enggan mengambil kredit atas kejayaan mana-mana peserta yang pernah berduet dengannya dalam pertandingan nyanyian.

Menurut Aisha, segala kejayaan yang diraih seseorang artis adalah atas ketentuan dan rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT, manakala peranannya hanyalah sebagai rakan duet yang membantu memberikan yang terbaik dalam persembahan.

“Okay, first of all, saya nak ucapkan tahniah kepada Marsha kerana beliau sudah pun melancarkan lagu baharu. Jadi anda semua boleh dengar, lagu itu memang sangat bagus.

“Untuk soalan itu, rezeki ada di mana-mana. Saya tak nak ‘jinx’ atau orang kata sesiapa yang duet dengan Aisha akan automatik menang. Saya pun tak tahu. Semua ini adalah kuasa Allah SWT.

“Apa yang saya boleh lakukan sebagai rakan duet ialah membantu. Membantu dia dan bukan untuk menyerlahkan diri sendiri. Segalanya adalah untuk dia,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai peserta Talk To My Manager 2 (TTMM2), Anggrek, Aisha berkata penyanyi muda itu memiliki bakat semula jadi yang besar dan hanya memerlukan sedikit bimbingan untuk terus berkembang.

“Kita tahu Anggrek adalah anak muda yang sangat berbakat. Potensinya sangat tinggi. Ada sedikit pembetulan yang boleh dibentuk dari semasa ke semasa apabila dia semakin matang.

“Tetapi dia sudah ada asas yang kuat, dia sudah ada bakat itu. Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sutera itu turut menitipkan kata-kata semangat buat Anggrek menjelang persaingan yang semakin sengit dalam program berkenaan.

Menurutnya, kalah atau menang bukanlah penentu utama kerana bakat yang dimiliki Anggrek sudah cukup untuk membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan.

“Menang atau tidak, Anggrek, saya cuma nak beritahu bahawa ramai orang di luar sana yang pasti mahu bekerjasama dengan awak selepas ini.

“Insya-Allah akan ada lebih banyak peluang yang menanti pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, Aisha Retno diumumkan sebagai rakan duet Anggrek bagi pentas akhir Talk To My Manager 2.

Gabungan itu membuatkan segelintir netizen beranggapan Aisha mampu mengulangi sejarah sama seperti juara TTMM, Marsha Qistina.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement