Skip to main content

Hiburan

Lisa Surihani Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Yusry - “Saya Sangat Bersyukur Memiliki Awak”

Lisa Surihani

Sekilas

  • Datin Lisa Surihani berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim yang ke-53 pada 15 Jun lalu.
  • Tarikh tersebut juga bermakna buat anak lelaki mereka, Yunos Laith, yang turut diraikan dalam perkongsian Lisa di Threads.
  • Lisa menzahirkan rasa syukur dan doa agar Yusry dan Yunos sentiasa diberkati dan dirahmati Allah dalam keluarga mereka.

Pelakon, Datin Lisa Surihani menyorot perhatian apabila berkongsi ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim yang kini menjangkau usia 53 tahun pada 15 Jun lalu.

Menerusi di Threads, Lisa yang menzahirkan rasa syukur dikurniakan seorang suami hebag berkongsi bahawa dia bukan sahaja meraikan ulang tahun kelahiran Yusry, malah tarikh tersebut mempunyai makna istimewa buat anak lelaki mereka, Yunos Laith.

“Segala puji bagi Allah, betapa istimewanya hari ini (15 Jun) buat keluarga kecil kami yang berlima kerana kedua-dua insan ini sangat bermakna dalam hidup kami.

“Buat insan tersayang saya yang merupakan tempat kami bersandar serta kekuatan utama keluarga, saya amat bersyukur kerana memiliki awak dan segala kebaikan yang ada dalam diri awak. Semoga hari ini terasa seistimewa mana awak buat kami semua,” kongsi Lisa.

Bukan itu sahaja, Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed turut menzahirkan penghargaan terhadap Yunos yang disifatkan sebagai anak yang sentiasa menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.

Tambah pelakon Lagenda Budak Setan itu, tarikh 15 Jun akan sentiasa membawa makna kesyukuran berganda buatnya kerana kehadiran dua insan yang sangat disayangi dalam hidupnya.

Di akhir perkongsian, Lisa turut menitipkan doa agar Yusry dan Yunos sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan sentiasa mendapat keberkatan dan reda-Nya.

“Hari ini sentiasa melambangkan kesyukuran yang berganda. Ya Allah, kami memuji-Mu atas anugerah kehidupan mereka. Peliharalah sentiasa ikatan istimewa antara mereka, dan pimpinlah mereka agar sentiasa berjalan seiring menuju segala perkara yang Engkau redai.

“Penuhilah rumah kami dengan keberkatan dan kasih sayang-Mu, ya Rabb. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keberkatan-Nya kepada kalian berdua, Yusry Abdul Halim dan Yunos Laith bin Yusry.

“Yong, Yeop dan saya (Lisa) sangat menyayangi kalian,” ujarnya.

Sekadar info, Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement