Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Keluar-Keluar Dah Dapat 'Single', Eira Syazira Bangga Dengan Amarra - "Mimi Beritahu Ada Lagu Yang Sesuai..."

Astrogempak ARRA G

Sekilas

  • Amarra berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Talk To My Manager 2 walaupun tanpa pengurus dan menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pertandingan.
  • Ibu Amarra, Eira Syazira, bangga dengan sikap positif dan usaha anaknya yang terus fokus walaupun menerima kritikan netizen.
  • Penyanyi dan komposer Mimi Fly berminat untuk bekerjasama dengan Amarra dan merancang rakaman lagu baru bersama selepas ini.

Meskipun ketiadaan pengurusnya,Pak Azad, bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Amarra tetap ditemani ibunya Eira Syazira pada minggu separuh akhir.

Eira mengakui berasa lega dan bersyukur dengan pencapaian Amarra yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang pertandingan berlangsung.

“Saya memang sangat bangga dengan Amarra sebab dia berjaya sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, dia hebat berjuang walaupun berdepan pelbagai kata-kata dan cabaran.

"Saya selalu pesan kepada dia bahawa ini hanyalah pertandingan. Selepas tamat pertandingan, dia tetap akan kembali ke sekolah seperti biasa. Yang penting, dia sudah mendapat pengalaman yang sangat berharga dan berjaya memperoleh sebuah lagu istimewa,” katanya kepada Gempak.

Tambah Eira, apa yang paling membanggakan adalah sikap positif Amara yang terus kuat walaupun sering menjadi sasaran kritikan netizen.

“Bagi saya, Amara sangat luar biasa. Dia berdepan dengan banyak kecaman dan ramai yang mahu melihat dia tersingkir. Tetapi dia memilih untuk tidak melayan perkara negatif dan terus fokus kepada perjuangannya.

“Saya nampak sendiri usaha dia untuk memperbaiki vokal dan membuktikan kemampuan dirinya. Apa sahaja kecaman yang diterima, dia cuba jadikan sebagai motivasi untuk menjadi lebih baik. Itulah yang membuatkan saya sangat bangga dengan Amara,” katanya lagi.

Menurut Eira lagi, penyanyi dan komposer Mimi Fly turut menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Amara selepas menyaksikan persembahannya dalam program tersebut.

“Mimi sebenarnya ada menghubungi Pak Azad selepas menyaksikan persembahan Amara. Dia beritahu ada lagu yang sesuai untuk Amarra.

“Buat masa ini kami belum boleh dedahkan lebih lanjut kerana masih dalam perancangan. Tetapi insya-Allah apabila semuanya selesai, kami akan segera masuk ke studio untuk proses rakaman,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement