Sekilas
- Wahid dari kumpulan Senario kagum dengan kejayaan lagu ciptaan Faizal Tahir yang mendapat sambutan hangat terutama dari golongan muda seperti Gen Z dan Alpha.
- Lagu tersebut dikenali kerana lirik yang mudah diingati dan melodi yang catchy, menjadikannya antara karya terbaik yang pernah dihasilkan.
- Ramai peminat termasuk kanak-kanak dan netizen berkongsi pengalaman positif mereka mendengar lagu raya baru ini serta menghargai legasi Senario.
Ahli kumpulan Senario, Wahid meluahkan rasa kagum apabila karya yang dihasilkan oleh penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mendapat tempat di hati peminat.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Wahid mengakui lagu tersebut mendapat tempat di hati peminat muda termasuk Gen Z dan Alpha.
“Hebat betul karya Faizal Tahir ni… nampak saja muka Senario, mesti Gen Z atau Alpha ingat lagu ni. ‘Eh pakcik, lagu apa la pakcik ni,’ lepas tu tanya balik lagu apa… ‘Haaa lagu ni,’ dia pun terus nyanyi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai menyifatkan lagu tersebut sebagai antara karya terbaik yang pernah dihasilkan, khususnya kerana liriknya yang mudah diingati serta melodi yang ‘catchy’.
"Anak saya yang umur 5 tahun pun pandai nyanyi lagu ni.
"Memang best pun lagu tu... first time dgr dh melekat kat kepala.
"Terima kasih tahun ni dpt dengar lagu raya baru yg best n sampai mesej ..senario sentiasa diingati..legend ooo..
"Pak cik ni la yg selalu buat main ptg sy n mlm sy akn berhenti brsama kwn2 balik rumah nak tengok @senariounion, Terima Kasih Abg Wahid n the gengs. semoga sehat2 selalu," komen netizen.
Sumber: Threads