Salah seorang anggota kumpulan K Pop 2PM, OK Taecyeon akhirnya berkahwin dengan kekasih selepas 10 tahun bersama.
Pasangan itu berkahwin pada 24 April di Yeong Bin Gwan of The Shilla Hotel di Seoul, Korea Selatan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga, rakan rapat serta anggota 2PM yang lain.
Lebih mengujakan, pada majlis dengan tema taman itu, Hwang Chansung telah menjadi hos sementara rakan lain iaitu Jun.K, Nichkhun dan Junho menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyi bersama.
Taecyeon menamatkan zaman bujangnya pada usia 37 tahun bersama kekasih yang diketahui bukan dalam kalangan selebriti, lapor Star News.
Sebelumnya, jemputan perkahwinan pasangan ini sempat mencuri perhatian apabila diisi dengan bait merujuk lagu hit 2PM dari debut mereka pada tahun 2008 yang berbunyi: “Two people who are a perfect 10 out of 10 to each other are finally getting married”.
Taecyeon pertama kali terbuka mengenai hubungan cintanya pada Jun 2020. Dia kemudian menulis surat kepada peminat pada November lalu dengan memberitahu akan berkahwin.
“Saya telah berjanji untuk menghabiskan separuh hayat saya dengan wanita yang sangat memahami dan mempercayai saya selama ini. Kami akan berjalan bersama dan terus mendukung satu sama lain,” tulisnya dalam surat tersebut.
Sementara itu, Teayeon bersama 2PM baru kembali bersatu dan sedang bersiap untuk konsert mereka di Tokyo Dome, Jepun yang dijadual berlangsung pada 9 dan 10 Mei depan.