Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Pesan Tak Perlu Bandingkan Kaedah Ibu Bersalin Normal & Czer - “Sebelum Nak Komen, Fikir Masak-Masak Dahulu”

Astro Gempak 570

Sekilas

  • Siti Nordiana menasihatkan orang ramai supaya tidak membiasakan diri menegur atau memperlekehkan fizikal seseorang kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri.
  • Beliau berkongsi bahawa anak lelakinya, Ryan, juga pernah menerima komen negatif mengenai fizikal, namun tidak mengambil serius dan cuba menghadapinya dengan positif.
  • Nana mengingatkan supaya lebih banyak memberi kata-kata motivasi dan memahami cabaran individu sebelum menghakimi berdasarkan penampilan luar.

Penyanyi Shila Amzah menyeru orang ramai agar berhenti membanding-bandingkan wanita yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan caesarean (czer) kerana setiap ibu mempunyai pengalaman dan cabaran berbeza.

Menurut Shila, terlalu banyak persepsi dan tekanan diberikan kepada golongan wanita terutama selepas melahirkan anak.

“Terlalu banyak benda yang dijadikan subjek. Contohnya kenapa beranak normal, kemudian kena kurus dan selepas 40 hari pantang perlu terus kembali kepada bentuk badan asal.

“Itu antara mentaliti yang dah lama wujud,” katanya.

Shila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Official Launch of With OVA Campaign di Mahsa Avenue baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman sendiri, pelantun lagu Patah Seribu itu mendedahkan dia menjalani pembedahan kecemasan bagi kedua-dua kelahirannya selepas berdepan komplikasi.

“Orang kata kalau beranak normal lebih senang sembuh dan lebih bebas. Tapi mereka tak tahu bersalin normal pun ada tahap-tahap tertentu, bergantung kepada tahap koyakan dan kecederaan yang dialami.

“Untuk saya sendiri, saya czer kecemasan dua kali. Pada awalnya memang saya nak cuba bersalin normal.

“Saya boleh sangat memahami perasaan ibu yang mahu cuba bersalin normal selepas pernah czer, tetapi kadang-kadang memang tiada rezeki,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 35 tahun itu, proses pemulihan seseorang ibu juga bergantung kepada keadaan fizikal dan kesihatan mental masing-masing.

“Masing-masing akhirnya tetap menjadi ibu. Recovery pula banyak bergantung kepada mental health seseorang ibu itu.

“Kita baru bercakap tentang bersalin normal dan czer, belum lagi isu penyusuan badan atau susu formula.

“Cukuplah dengan orang yang tak tinggal serumah dengan kita sibuk membandingkan ibu A lebih baik daripada ibu B.

“Tak payah. Semua pun ibu, semua pun wanita. Santailah,” katanya.

Tambahnya, ramai ibu yang menjalani pembedahan czer terpaksa melalui tempoh pemulihan tanpa bantuan yang mencukupi di rumah.

“Ada ibu yang bersalin czer tetapi tak ada pembantu atau sokongan di rumah. Macam mana dia nak pulih?

“Mungkin ada yang suaminya pun tidak dapat membantu. Kita tak tahu apa yang mereka lalui.

“Sebab itu sebelum nak komen atau menghakimi orang lain, fikir masak-masak dahulu. Kita tak berada di rumah mereka.

“Mungkin ada orang lebih senang, ada orang lebih susah. Jadi, jadilah lebih baik dan lebih baik hati,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

[M-6XL] 🔥2 Pieces Men Boxer Dewasa Lelaki Underwear Saiz Besar Seluar Dalam Cotton Cutting Besar

[M-6XL] 🔥2 Pieces Men Boxer Dewasa Lelaki Underwear Saiz Besar Seluar Dalam Cotton Cutting Besar

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Bra Breastfeeding Maternity Bra Nursing Bra Menyusu Ada Span Removable Pad Front Buckle Design 1018bra

Bra Breastfeeding Maternity Bra Nursing Bra Menyusu Ada Span Removable Pad Front Buckle Design 1018bra

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Must Watch Video

Advertisement