Skip to main content

Hiburan

“Remember Their Names!” - Beto Kusyairy Puji Pelakon Kanak-Kanak Good Boys Go To Heaven

Astrogempak GBGTH

Sekilas

  • Beto Kusyairy memuji bakat lakonan tiga pelakon kanak-kanak iaitu Rafique Iskandar, Ahmad Afif Aisy dan Faiz Shafie dalam episod keenam siri Good Boys Go To Heaven.
  • Beliau menganggap mereka sebagai pelapis hebat yang berpotensi besar dalam industri seni tanah air.
  • Peminat turut memuji lakonan semula jadi dan mantap ketiga-tiga pelakon muda tersebut dalam ruangan komen.

Pelakon terkenal, Beto Kusyairy meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan lakonan tiga pelakon kanak-kanak iaitu Rafique Iskandar, Ahmad Afif Aisy dan Faiz Shafie yang mencuri perhatian menerusi episod keenam siri Good Boys Go To Heaven.

Menerusi satu hantaran di Threads, Beto menyifatkan ketiga-tiga pelakon muda itu sebagai bakat besar yang berpotensi menjadi pelapis hebat dalam industri seni tanah air.

“Pelapis-pelapis yang bakal menggegar dunia lakonan.

“Remember their names,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat siri terbitan Astro Shaw itu berpendapat lakonan mereka kelihatan sangat semula jadi sehingga seolah-olah tidak sedang berlakon.

“Natural acting. Macam tak berlakon pun. Kalah pelakon2 lain. Kudos to these powerful boys! A rising stars ✨🌟

“Lepas episod 6, terus muncul acc thread bahamin, zayd & yasser. Pandai diorang simpan, lepas episod 6 boom terus keluar dekat thread

“Ya betul, sangat sampai lakonan dorang, nangis episode ni .

“Best giler budak2 ni berlakon

“Yes semua berlakon terer mcm real je cara ckp nye. Scene pulak mcm berat2 semlm. Mini zayd tu 1st time tgk dia blakon kt VIU, mmg x nampak kaku.

“Betul..setuju..masing2 pandai menjiwai watak..

“Tahniah mantap semua pelakon-pelakon,” komen netizen.  

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement