Sekilas
- Seorang individu bertanya kepada Saiful Apek mengapa ahli kumpulan lawak Senario tidak menikmati kehidupan semewah pelawak moden walaupun pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan.
- Individu itu menyentuh kejayaan Senario yang mempunyai lagu, album, sitcom, filem, dan konsert hingga ke Brunei dan Singapura, namun ahli kumpulan tidak kaya seperti pelawak generasi baru.
- Saiful Apek menjawab dengan ringkas bahawa kekayaan sebenar adalah hati yang merasa cukup, dan ramai netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Seorang individu berjaya menarik perhatian pelawak, Saiful Apek yang mengajukan soalan mengenai kehidupan kumpulan lawaknya, Senario yang dilihat tidak semewah pelawak moden masa kini.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut mempersoalkan mengapa ahli Senario tidak menikmati kehidupan semewah kumpulan pelawak generasi baharu walaupun pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan tanah air.
“Tadi tengok highlight konsert Senario sempena 30 tahun, dan aku terfikir, kumpulan Senario adalah satu-satunya kumpulan yang ada lagu dan album sendiri, ada sitcom sendiri, ada filem sendiri yang boleh dikatakan berjaya di pawagam, konsert pula bukan kaleng-kaleng hingga ke Brunei dan Singapura.
“Tapi kenapa ahli-ahli Senario kehidupan tidak sesenang dan sekaya kumpulan pelawak moden sekarang seperti Sepahtu dan Jozan? Adakah sistem kontrak pengurusan dulu ambil kesempatan atau ada kemungkinan lain?” tulis individu berkenaan.
Bagaimanapun, soalan tersebut tidak menyinggung perasaan Saiful Apek, sebaliknya dia tampil memberikan jawapan yang ringkas buat individu tersebut.
“Harta yang hakiki adalah hati yang sentiasa merasa cukup,” balasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Saiful Apek atau nama lengkapnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57.