Sekilas
- Atikah Suhaime berkongsi rasa sedih apabila dianggap 'red flag' hanya kerana tidak mempunyai ramai kawan.
- Dia menjelaskan tiada kekangan masa untuk bersosial, tetapi lebih memilih meluangkan masa bersama keluarga.
- Perkongsian Atikah mendapat sokongan ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman sama.
Pelakon, Atikah Suhaime mencuri perhatian apabila berkongsi luahan mengenai tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya hanya kerana dia tidak mempunyai ramai rakan.
Menerusi perkongsian di Threads, Atikah mengakui berasa sedih apabila ada yang melabelkan dirinya sebagai ‘red flag’ hanya disebabkan perkara tersebut.pendekk
"Paling sedih orang cakap saya red flag sebab tiada kawan,"tulisnya.
Mengulas perkara tersebut, Atikah akui bahawa dia tidak mempunyai kekangan masa untuk bersosial, malah dia lebih memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarganya.
"Sejujurnya, saya tiada masa. Kalau ada pun, saya nak luangkan masa Bersama keluarga,"ujarnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi apabila rata-rata netizen bersetuju dan menyokong pandangan Atikah. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sama.